nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerjasama PN akan bawa kejayaan besar di DUN Slim

26 JULAI: UMNO Perak menghargai sokongan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim nanti sebagai sebahagian daripada kerjasama Perikatan Nasional (PN).

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata pihaknya yakin akan memperoleh kemenangan dengan majoriti yang lebih besar pada PRK kali ini menerusi sokongan penuh kesemua parti di dalam PN.

Menurut beliau, seperti pada PRK DUN Chini sebelum ini, Barisan Nasional (BN) dijangka dapat mengulangi kejayaan mempertahankan kerusi DUN Slim itu.

“Pengumuman itu merupakan satu sokongan yang kita hargai dan kita terima dengan baik.

“Semua penyokong UMNO, BN, Pas dan Bersatu akan memberi sokongan padu kepada calon BN seperti mana yang berlaku di PRK Chini yang lalu. Insya-Allah kita akan menang lebih besar,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO negeri di Bangunan UMNO Perak, malam tadi.

Dalam pada itu Saarani berkata, selain semua cawangan di DUN Slim, cawangan lain di dalam UMNO Bahagian Tanjung Malim akan turut membantu melancarkan kempen.

“Sesi taklimat bagi menghadapi PRK juga turut dijadual diadakan pada hari ini membabitkan jentera Wanita UMNO, ketua-ketua bahagian dan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Tanjung Malim,” katanya.

Mengenai calon pula, Saarani berkata, lebih tujuh calon sudah disenarai untuk dipertimbangkan UMNO Pusat sebagai calon.

“Kita mengambil kira semua pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak terhadap calon yang akan mewakili BN ini.

“Maklumat mengenai calon-calon ini kita kumpulkan dan kita serahkan kepada pimpinan tertinggi untuk meneliti calon yang sesuai,” katanya.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.