nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

27 Rohingya tidak lemas, sebenarnya ceroboh negara

27 JULAI: Seramai 27 etnik Rohingya yang dikhuatiri lemas di Langkawi kelmarin,  sebenarnya dalam keadaan selamat dan sudah memasuki negara ini secara haram. 

Memetik laporan BERNAMA, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, seramai 13 lelaki, sembilan wanita dan lima kanak-kanak terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan dijumpai bersembunyi di Pulau Rebak Besar dekat sini, pada pukul 6.15 petang semalam.

Mereka ditemukan semasa Operasi Mencari dan Menyelamat yang dilaksanakan susulan  pihak berkuasa mendapat laporan awal daripada seorang etnik Rohingya yang ‘terselamat’ kononnya 24 orang penumpang lain dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjun dari sebuah bot di pulau ini pada Sabtu, pukul 8 malam.

Helah itu dipercayai merupakan  modus operandi terbaharu etnik berkenaan cuba memasuki negara ini secara tidak sah kerana sebelum ini terdapat kes mereka sengaja membocorkan sebuah bot serta merosakkan enjinnya berhampiran pulau ini sebelum mendarat di Malaysia. 

“(Awalnya) pasukan operasi mencari dan menyelamat itu gagal menemukan sebarang petunjuk atau mangsa. Pasukan operasi kemudian mendapat aduan dari seorang nelayan tempatan yang menemukan seorang lelaki etnik Rohingya di Pulau Rebak Besar, seterusnya bot Kilat Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi  berkenaan.

“Migran tersebut telah dibawa pulang ke Jeti Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Bukit Malut untuk siasatan. Dia kemudian memaklumkan ada 26 lagi migran masih bersembunyi di pulau itu.

“Ekoran itu, Bot Kilat dan Kapal Maritim (KM) Gagah bersama aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan pencarian sebelum menemukan 26 lagi migran berusia antara lima hingga 45 tahun,” kata Mohd Zawawi.

Mohd Zawawi berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Bukit Malut, Langkawi hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua migran seramai 28 orang itu termasuk pengadu telah dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Bukit Malut untuk siasatan lanjut dan menjalani saringan awal COVID-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati, migran terbabit  telah terjun dari sebuah bot nelayan sebelum berenang ke pulau berkenaan.

“Kita masih menyiasat sejak bila mereka berada di pulau tersebut dan bagaimana berjaya lolos masuk ke perairan negara. Selain itu, siasatan mendapati migran ditahan itu mempunyai kaitan dengan dua tekong darat atau ‘dallal’ yang ditangkap dalam operasi melibatkan lima agensi, 21 Julai lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.