nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rayer degil, Azalina beri amaran usir keluar dewan

27 JULAI: Tindakan Ahli Parlimen PH Jelutong, RSN Rayer, mahu mencelah walaupun tidak dibenarkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman ketika Ahli Parlimen BN Jempol Datuk Salim Sharif, membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, mencetuskan kekecohan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Rayer tidak berpuas hati dengan tindakan Salim yang mendakwa, sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah berbilion dana Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) dijarah, aset strategik Lembaga Tabung Haji (TH) dijual, hutang negara bertambah tetapi rakyat Malaysia tidak menikmati bantuan sepatutnya.

Salim turut mendakwa PH mengamalkan politik murahan dengan mengatakan kerajaan PN adalah kerajaan pintu belakang, tebuk atap dan pengkhianat.

Keadaan itu dipanaskan lagi apabila Ahli Parlimen BN Grik, Datuk Hasbullah Osman yang menegaskan tuduhan pengkhianat oleh PH adalah tidak berasas kerana kejatuhan kerajaan ketika itu adalah berpunca daripada tindakan mereka tidak menyokong pelantikan semula Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri semasa mengadap Yang di-Pertuan Agong, sebelum ini.

Ahli Parlimen BN Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang bangun mencelah dan mengatakan PH adalah pengkhianat sebenar kerana mereka gagal melaksanakan semua manifesto dan janji kepada 32 juta rakyat Malaysia dibuat ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Salim yang menyambung ucapannya selepas memberi laluan kepada Hasbullah juga menyifatkan pemimpin PH sekarang ibarat ‘suami gila talak selepas isteri enggan rujuk semula’.

“Kedudukan PH sekarang adalah gila talak… bercerai nak balik semula tetapi isteri enggan rujuk itulah perumpamaannya,” katanya.

Kenyataan itu menyebabkan Rayer tidak berpuas hati dan bangun untuk mencelah biarpun tidak dibenarkan berbuat demikian oleh Salim.

Berikutan itu Rayer meninggikan suara kepada Azalina bahawa beliau akan menggunakan Peraturan 36(6) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat jika Ahli Parlimen Jempol enggan memberikan laluan kepadanya untuk mencelah.

“Speaker minta laluan. Kalau YB (Jempol) enggan memberi laluan tidak diberikan saya akan gunakan ‘point of order’, Peraturan 36(6) Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat berkaitan dengan sangkaan jahat,” kata Ahli Parlimen Jelutong.

Tindakan Ahli Parlimen PH Jelutong itu menyebabkan Azalina terpaksa memberi amaran kepada Rayer supaya duduk dan membenarkan Salim meneruskan hujahnya jika tidak beliau akan diarahkan keluar dari Dewan Rakyat.

“YB Jelutong…YB sudah tanya ini adalah Jempol punya ‘floor’ YB duduklah biarlah Jempol menjawabnya.. Kalau dua-dua berdiri macam mana nak fokus,” katanya.

Bagaimanapun, Salim enggan melayan kemahuan Rayer yang meminta laluan dan meneruskan ucapannya sehingga habis. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.