nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Meningkatkan ekonomi luar bandar antara program teras KPLB

29 JULAI: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menggariskan beberapa strategi utama bagi merangsang pertumbuhan ekonomi penduduk desa terutama menyediakan prasarana lengkap selain memperkenalkan program peningkatan pendapatan.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Henry Sum Agong berkata, pihaknya juga memperkenalkan program keusahawanan yang melibatkan pembangunan perniagaan, pembiayaan dan pemasaran produk di samping memanfaatkan platform koperasi melalui program desa lestari.

Selain itu katanya, KPLB juga dalam perancangan meneroka sumber baharu bagi meningkatkan pendapatan penduduk antaranya aktiviti pelancongan desa dan program agromakanan sama ada jangka pendek atau panjang.

“Kerajaan amat prihatin mengenai permasalahan melibatkan pendapatan masyarakat luar bandar sebab itu pemerkasaan ekonomi luar bandar adalah salah satu teras dalam dasar pembangunan luar bandar KPLB 2020-2030.

“Antara inisisatif dengan mempelopori ekonomi luar bandar yang transformatif dan mempunyai nilai pendapatan tinggi,” katanya pada sesi soal jawab Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Ahli Parlimen Bersatu-Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh yang bertanyakan mengenai perancangan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar khususnya di Parlimen Sabak Bernam.

Kata Henry, bagi tahun 2020 sejumlah RM6.2 bilion diperuntukkan kementerian ini bagi melaksanakan program pembangunan ekonomi, prasarana dan modal insan di seluruh negara.

Menurut beliau daripada jumlah itu, RM107.9 juta diperuntukkan untuk Selangor dan RM800,000 untuk Parlimen Sabak Bernam melibatkan beberapa program seperti menaik taraf jalan luar bandar dan program pendidikan komuniti serta program kemahiran.

Menjawab soalan tambahan Fasiah pula berhubung kejayaan program, Henry berkata, sebanyak RM7 juta diperuntukkan untuk program peningkatan pendapatan tahun ini dengan sasaran 700 penerima yang melibatkan golongan berpendapatan rendah dan umur masih produktif.

“Sebanyak 70 peratus penerima bantuan program ini merekodkan peningkatan pendapatan dalam aktiviti yang dibantu,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.