nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tunjuk peroleh majoriti, Musa harap keputusan baru dibuat

30 JULAI: Ketika gambar warta negeri berhubung perisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dikongsi di media sosial oleh seterunya, Tan Sri Musa Aman membalas dengan menunjukkan gambar beliau bersama 32 lagi ADUN yang menyokongnya.

Setiap seorang memegang nombor satu hingga 33 yang membuktikan Musa telah memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri sebelum DUN Sabah yang mempunyai 65 anggota itu dibubar.

Justeru, Musa yang juga ADUN Sungai Sibuga dalam satu kenyataan petang ini menegaskan beliau mempunyai sokongan majoriti dan berharap satu keputusan akan diambil secara bijak dan wajar oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri baru dan memberi peluang menubuhkan satu kerajaan baru bagi rakyat Negeri Sabah.

Dalam kenyataan tersebut, bekas Ketua Menteri itu memaklumkan beliau telah menyampaikan kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah pagi tadi 33 surat akuan berkanun ADUN-ADUN yang mengesahkan sokongan kepadanya.

Katanya, adalah amat jelas bahawa dari segi undang-undang dan Perlembagaan Negeri Sabah, beliau layak dilantik oleh Tuan Yang Terutama untuk menjadi Ketua Menteri Negeri Sabah kerana mempunyai sokongan majoriti.

“Tuan Yang Terutama mempunyai tanggungjawab di bawah Perlembagaan untuk memberi pertimbangan yang wajar sama ada saya mempunyai majoriti yang diperlukan untuk menubuhkan sesuatu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.

“Kami tidak terkejut dengan tindakan ini malah kami telahpun menjangkakan tindakan seperti ini mungkin berlaku,” katanya.

Menurut Musa, seharusnya pertimbangan membuat keputusan seperti ini mengambil kira wabak Covid 19 yang melanda negara negara dan negeri Sabah dan sama ada pembubaran DUN di dalam keadaan ini adalah satu langkah yang wajar.

“Kesihatan dan kepentingan rakyat mestilah sentiasa menjadi keutamaan didalam membuat sebarang keputusan. Jangan sekali- kali kita perjudikan nyawa rakyat kita semata-mata untuk kepentingan peribadi dan politik,” tegasnya.

Dalam kenyataan itu, Musa menyatakan keikhlasannya untuk menubuhkan satu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.

“Saya mengulangi sekali lagi dan menegaskan bahawa saya mempunyai sokongan majoriti ADUN Sabah dan saya berharap bahawa satu keputusan akan diambil secara bijak dan wajar oleh Tuan Yang Terutama untuk melantik saya sebagai Ketua Menteri baru dan memberi peluang untuk menubuhkan satu kerajaan baru bagi rakyat Negeri Sabah.

“Tetapi, sekiranya benar Dewan Undangan Negeri telahpun dibubarkan, saya dengan sucihati mengatakan bahawa kami akan melawan pilihan raya yang akan datang untuk memberi rakyat Negeri Sabah satu kerajaan baru yang stabil dan memperjuangkan kepentingan kesemua rakyat negeri ini,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.