nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lagi positif dari kluster Sivagangga Kedah, naik jadi 21 kes

3 OGOS: Kes baru COVID-19 hari ini hanya dua dan antara terendah sejak beberapa minggu ini, namun apa yang meresahkan apabila satu daripadanya dilaporkan berpunca daripada kluster PUI Sivagangga di Kubang Pasu Kedah yang kini mencatatkan 21 kes positif.

Kes terbaru daripada kluster yang berasal dari pemilik kedai makan yang baru pulang dari India itu, adalah seorang pelanggan tetap premis nasi kandar berkenaan yang bergejala.

Kawasan terletak radius satu kilometer daripada kedai makanan di pekan Napoh itu kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan lebih 7,000 penduduk akan disaring.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini seramai 425 disaring berkaitan kluster tersebut dengan pengesanan aktif kontak sedang dilakukan.

Katanya, namun Jabatan Kesihatan berdepan masalah termasuk kedai makan itu tidak merekodkan nama dan suhu badan pelanggan mahu pun kemudahan aplikasi MySejahtera.

“Kes yang dilapor positif hari ini adalah pelanggan tetap kedai tersebut. Beliau jalani saringan COVID-19 kendiri di sebuah klinik swasta pada 27 Julai dan ujian rapid kit test didapati negatif.

“Pada 31 Julai, beliau mula alami gejala demam dan batuk tetapi tidak hubungi Pejabat Kesihatan Daerah dan hanya sehari kemudian selepas aktiviti Hari Raya Aidiladha, barulah beliau memaklumkan dia merupakan kontak rapat kepada kes indeks.

“Susulan itu, saringan dibuat pihak hospital dan didapati positif. Mengambil iktibar kes ini, jangan sesekali berahsia daripada pihak berkuasa. Tampil ke hadapan jika berisiko dan mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, tambah Noor Hisham, daripada apa yang berlaku ini jelas menunjukkan tanggungjawab sosial perlu wujud dalam setiap individu supaya sama-sama dapat membendung penularan COVID-19.

Katanya, KKM juga menggesa semua premis perniagaan berdaftar dengan aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pengesanan kontak.

Beliau juga mengingatkan bagaimana penularan tempatan berlaku akibat kluster kes import yang melibatkan tujuh kluster telah dilaporkan setakat ini berikutan yang pulang dari luar negara kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah.

“Ini seperti kes indeks kluster PUI Sivagangga yang merupakan pemilik kedai makan yang pulang dari India dan telah diberi arahan kuarantin di rumah. Kegagalan mematuhi syarat perintah telah menyebabkan penularan meluas dalam kluster ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, satu lagi kes dilaporkan hari ini juga melibatkan jangkitan dalam negara yang melibatkan seorang pelajar kolej di Labuan.

Jelasnya, hari ini juga tiada pertambahan kematian dan dengan empat kes sembuh, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 berjumlah 208 kes.

Dalam pada itu, menjawab soalan media, Noor Hisham berkata tidak perlu untuk membuat saringan atau kuarantin ke atas semua mereka yang pernah berkunjung ke Napoh dan daerah Kubang Pasu.

Namun katanya, apa yang diminta datang membuat ujian adalah pelanggan kedai berkenaan dan mereka yang percaya terdedah dengan kontak dalam kluster berkenaan.-Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.