nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

140 individu ditahan ingkar arahan PKP

7 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 140 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 32 orang telah direman.

“Seramai 108 individu lagi dikenakan kompaun kerana terlibat dalam aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, PDRM turut menangkap dua warga asing atas kesalahan imigresen hasil 63 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara semalam.

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, seramai 20 individu yang pulang dari luar negara telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana positif COVID-19.

“Sejak 24 Julai sehingga 6 Ogos 2020, seramai 7,175 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 30 hotel dan lima institut latihan awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah,” jelasnya.

Beliau memaklumkan, mereka telah pulang dari 30 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis dan Australia.

Selain itu, sebanyak 21 tapak binaan diperiksa di seluruh negara semalam yang melibatkan 62 anggota penguat kuasa dan kesemuanya didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Secara keseluruhan, bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

Pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah melakukan 1,355 pemeriksaan khas Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebanyak 1,335 premis didapati mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 18 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP dan dua premis pula diberi amaran kerana tidak patuh SOP. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.