nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perlis, Pulau Pinang pula lapor kes kluster Sivagangga

7 OGOS: Kluster PUI Sivagangga di Napoh, Kubang Pasu yang bermula akibat keingkaran seorang pemilik restoran mematuhi perintah kuarantin di rumah kini telah mencatatkan kes rentas negeri apabila 10 kes baru COVID-19 di Perlis dan satu kes di Pulau Pinang disahkan daripada kluster berkenaan.

Selain kes di Perlis dan Pulau Pinang, kes yang turut dikenali sebagai ‘kluster nasi kandar’ itu mencatatkan satu lagi kes positif COVID-19 di Kedah di samping satu kes yang dilaporkan sebelum ini dikategorikan semula sebagai daripada kluster berkenaan.

Dengan perkembangan terbaru ini, sebanyak 43 kes COVID-19 dilaporkan daripada kluster Sivagangga dengan 883 lagi masih menunggu keputusan ujian saringan.

Selain kes daripada kluster Sivagangga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan empat lagi kes baru melibatkan jangkitan tempatan manakala sembilan lagi pula kes import yang menjadikan kes baharu COVID-19 untuk hari ini berjumlah 25 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua 12 kes yang dilaporkan daripada kluster PUI Sivagangga melibatkan warga tempatan dengan kes di Pulau Pinang melibatkan seorang individu yang pulang ke kampungnya di Napoh pada 30 Julai lalu.

Katanya, 10 kes baharu yang dilaporkan di Perlis pada hari ini, dan juga kes ke-9002 yang dilaporkan di Perlis pada 4 Ogos 2020 adalah terdiri daripada satu keluarga dan menjadikan kesemua 11 kes dari negeri itu adalah daripada Kluster Sivagangga.

“Hasil siasatan mendapati bahawa salah satu ahli keluarga tersebut (iaitu kes ke-9054) adalah pelanggan tetap gerai milik kes ke-8976 (iaitu kes generasi pertama kluster ini). Ini menjadikan kes ke-9054 tersebut sebagai kes generasi kedua dan 10 ahli keluarga kepada kes ke-9054 adalah generasi ketiga kluster ini.

“Kesemua 10 kes baharu ini tidak bergejala dan telah dimasukkan di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis untuk rawatan. Satu kes baharu dari Kedah (kes ke-9053) pula adalah kontak rapat kepada kes ke-9035 (iaitu suami kepada kes ke-90) yang telah dilaporkan pada 6 Ogos 2020.

“Satu kes baharu di Pulau Pinang (kes ke-9052) disaring kerana pada 30 Julai 2020 beliau telah pulang ke kampung halaman yang merupakan salah satu kawasan yang kini di bawah pelaksanaan TEMCO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif diteruskan dengan langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti berkait rapat dengan kluster ini.

“Situasi terkini kluster ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai. Masyarakat diminta untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima sebelum mempercayai dan menyebarkan maklumat tersebut,” katanya.

Sementara itu, kata Noor Hisham, empat kes jangkitan tempatan lain melibatkan dua kes di Perak, satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Johor yang melibatkan seorang warga asing.

Katanya, bagi kes import pula, empat kes dilaporkan di Sabah melibatkan kepulangan dari Filipina manakala masing-masing satu dari Emiriah Arab Bersatu (Selangor); Turki (Selangor); Djibouti (Kuala Lumpur), Australia (Kuala Lumpur); dan Yaman (Sarawak).

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 210 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Hari ini tidak mencatatkan pertambahan kematian,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.