nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiga ADUN Perlis diarah jalani ujian COVID-19

10 OGOS: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang kawasan mereka wakili berhampiran kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) diarahkan menjalani ujian COVID-19, sebelum boleh menghadiri persidangan DUN esok.

Arahan kepada ADUN Sanglang, ADUN Guar Sanji dan ADUN Simpang Empat itu dikeluarkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Hamdan Bahari.

Hamdan berkata kawasan TEMCO itu di dua kampung iaitu Kampung Tanah Timbul dan Kampung Kuala Sanglang terletak di DUN Sanglang dan berhampiran dengan dua lagi kawasan DUN.

“Ketiga-tiga ADUN ini telah diminta hadir ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pagi ini untuk menjalani ‘Swab Test’ COVID-19 (Rapid Test Kit-RTK) sebelum dibenarkan hadir ke Sidang DUN esok,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata sekiranya keputusan ujian adalah negatif, barulah mereka dibenarkan hadir ke sidang DUN.

“Langkah ini diambil bagi mengelakkan berlaku penyebaran wabak COVID-19 dan sebagai langkah pencegahan untuk semua yang terlibat dalam Sidang DUN esok,” kata Hamdan.

Esok akan berlangsung Perasmian Persidangan Penggal Ketiga dan Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Ketiga DUN Perlis ke-14 di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Persidangan akan diadakan hingga Khamis.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dijadual berkenan berangkat hadir dan merasmikan sidang tersebut.

Sehingga semalam, Perlis mencatatkan jumlah kumulatif 30 kes positif COVID-19 dengan 11 daripadanya merupakan jangkitan daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga yang bermula di Napoh, Kubang Pasu di Kedah.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua kawasan di Perlis iaitu Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul dikenakan TEMCO bermula dari hari ini hingga 31 Ogos.

Beliau berkata penguatkuasaan TEMCO itu melibatkan 191 buah rumah dengan 872 orang penduduk.

“Pelaksanaan TEMCO akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan beberapa ‘cut off’ jalan raya. Pergerakan keluar masuk oleh penduduk setempat atau penduduk dari luar kawasan TEMCO adalah dilarang,” katanya dalam sidang media.

Ismail Sabri berkata premis perniagaan di bawah perkhidmatan penting dibenarkan beroperasi di dalam kawasan TEMCO dan masa operasi dihadkan dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang.

Selain itu katanya pergerakan di dalam kawasan TEMCO adalah dibenarkan dan bekalan makanan dibenarkan dibawa masuk ke kedai runcit yang berada di dalam kawasan terlibat.

Menurutnya lagi semua pejabat kerajaan dan sekolah yang terletak di dalam kawasan berkenaan juga ditutup dan semua aktiviti keagamaan di masjid-masjid dihadkan secara bersyarat manakala semua rumah ibadat bukan Islam tidak dibenarkan beroperasi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.