nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penyokong dilarang hadir penamaan calon PRK Slim

13 OGOS: Penyokong-penyokong parti politik tidak dibenarkan hadir ke pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim, Perak pada Sabtu ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak berkata, selaras dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya calon, pencadang dan penyokongnya yang dibenarkan masuk ke pusat berkenaan.

“Aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong dan calon bertanding juga tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang hari penamaan calon,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, SPR berharap proses penamaan calon berjalan lancar tanpa apa-apa insiden tidak baik khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Ikmalruddin menyatakan, SPR menyeru kepada semua calon dan parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, polis, Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan pada hari penamaan calon.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, kertas penamaan calon boleh dikemukakan antara jam 9 hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Slim.

“Untuk memudahkan proses penamaan calon, SPR menyeru kepada bakal-bakal calon yang ingin bertanding agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang tersebut dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak.

“Selain itu, bakal-bakal calon juga adalah disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal,” jelasnya.

Katanya, bagi calon yang mewakili parti politik, beliau perlu mengemukakan surat kebenaran untuk menggunakan simbol parti tersebut semasa menyerahkan kertas penamaan calon. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.