nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ditahan pasang Jalur Gemilang terbalik

18 OGOS: Seorang pemilik kedai makan ditahan kerana dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah premis di Jalan Lee Ah Leng, Taman Nasib, Kluang, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pemilik premis berkenaan yang merupakan wanita warga tempatan berumur 55 tahun ditahan susulan satu laporan polis yang dibuat pada hari sama.

“Hasil siasatan mendapati premis ini menjalankan perniagaan kedai makan sejak tahun 2017 hingga hujung Disember 2019 dan tidak lagi beroperasi sejak Januari tahun ini.

“Pemasangan bendera terbalik ini adalah sejak premis beroperasi iaitu pada tahun 2017 sehingga aduan dibuat oleh orang awam. Kenapa baru sekarang dilaporkan? Saya fikir kerana kesedaran orang ramai mulai meningkat sejak akhir-akhir ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Ayob Khan berkata turut dirampas adalah sehelai Jalur Gemilang.

Menurut beliau, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Lambang & Nama (Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2017 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang.

Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, hukuman lebih berat perlu diambil terhadap pelaku yang sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

Mengambil contoh negara jiran Thailand yang mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang menghina negara termasuk raja, beliau berkata tindakan tegas seperti itu akan memberikan pengajaran kepada semua pihak.

“Kita harap mereka ini (yang memasang Jalur Gemilang terbalik dan menghina Jata Negara) perlu ditangkap dan diambil tindakan lebih berat …tindakan tegas perlu diambil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Merdeka@Komuniti dan Ziarah Kasih Merdeka di Seremban, hari ini.

Turut dihadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Shahnon Mohamad.

Beliau berkata hukuman berat itu akan mampu memberi pengajaran kepada masyarakat untuk tidak mewujudkan keadaan tidak harmoni seperti menghina Jalur Gemilang dan Jata Negara apabila mereka berasa tidak puas akan sesuatu.

Zahidi turut menegaskan kementerian akan terus melipatgandakan usaha untuk memberi pemahaman kepada masyarakat tentang perlunya mereka menyayangi dan menghormati lambang negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.