nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rayuan Musa didengar 5 hari sebelum penamaan PRN Sabah

26 OGOS: Mahkamah Rayuan menetapkan 7 September ini untuk mendengar permohonan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bagi menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tarikh itu merupakan lima hari sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ditetapkan pada 12 September.

Mahkamah turut menetapkan hari yang sama untuk mendengar rayuan 33 ADUN itu yang diketuai bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 21 Ogos lalu yang menolak permohonan mereka untuk mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan DUN.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam mempengerusikan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk P. Ravinthran dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin.

Mahkamah menetapkan tarikh itu selepas peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negeri Sabah (AGC Negeri) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) hanya menerima notis bagi usul penggantungan keputusan Mahkamah Tinggi itu semalam, dan mereka memerlukan masa bagi menyediakan jawapan.

Tengku Fuad berkata, permohonan difailkan pada 24 Ogos, dan AGC Negeri serta AGC telah bersetuju supaya permohonan itu didengar pada 7 September.

“Bagaimanapun saya telah diarahkan oleh pemohon (33 ADUN), untuk melihat sekiranya permohonan boleh didengar lebih awal, iaitu pada 4 September.

“Sebabnya ialah hari penamaan calon (PRN Sabah) dijadualkan pada 12 September dan sekiranya kami berjaya dalam rayuan, kita masih perlu mendengar semakan kehakiman ini di Mahkamah Tinggi.

“Jadi, memandangkan kesuntukan masa dan juga perkara ini amat mendesak, kami mohon 4 September juga ditetapkan sebagai tarikh untuk mendengar rayuan,” katanya.

Peguam Negeri Sabah Brenndon Keith Soh yang mewakili Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Peguam Persekutuan Kanan Suzana Atan yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan masa untuk menjawab afidavit berhubung permohonan itu, dan memohon 7 September sebagai tarikh pendengaran.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 7 September sebagai tarikh bagi mendengar rayuan dan permohonan penggantungan itu oleh 33 ADUN berkenan.

“Kita tetapkan 7 September sebagai tarikh untuk mendengar permohonan bagi penggantungan, dan juga hari yang sama untuk mendengar rayuan bagi membenarkan pihak yang terlibat mengemas kini afidavit,” kata Hakim Yaacob.

Jumaat lepas Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menolak permohonan 33 ADUN untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan DUN.

Shim menetapkan bahawa responden kedua dalam kes itu – Mohd Shafie – telah bertindak mengikut Perlembagaan Sabah dalam memohon responden pertama – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin – membubarkan DUN.

Menurutnya, pengisytiharan pembubaran DUN itu juga adalah mengikut perlembagaan dan sah.

Dalam permohonan untuk semakan kehakiman, Musa dan ADUN yang menyokongnya memohon perintah mahkamah bagi mengenepikan permintaan Mohd Shafie kepada Tun Juhar untuk membubarkan DUN, mengenepikan pengisytiharan pembubaran DUN, dan mengenepikan notifikasi warta kerajaan negeri Sabah berhubung pembubaran itu.

Semua 33 ADUN itu mendakwa pada 29 Jun lepas mereka telah membentuk majoriti dalam DUN, dan mahukan supaya Tun Juhar memperakui majlis angkat sumpah kerajaan negeri yang baharu, sekali gus menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Mohd Shafie.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 September ini sebagai hari penamaan calon dan 26 September sebagai hari mengundi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.