nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bersama berganding bahu pertahan keamanan

31 OGOS: Nikmat kemerdekaan negara yang dikecapi hari ini adalah hasil pengorbanan semua terutama anggota keselamatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, golongan berkenaan telah banyak berkorban demi kedaulatan dan keamanan negara.

“Demi memastikan kesejahteraan dan keharmonian yang berterusan marilah kita sebagai rakyat Malaysia prihatin antara satu sama lain.

“Dan berganding bahu bersama anggota keselamatan negara. Kita jaga kita. Merdeka! Merdeka! Merdeka!,” kata Hamzah menerusi hantaran video di Facebook beliau hari ini.

Menerusi video berkenaan, Hamzah mewakili warga Kementerian Dalam Negeri mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2020 dan Selamat Hari Malaysia 2020 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bertemakan Malaysia Prihatin dan buat julung kalinya, Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan dengan terhad kepada dif kehormat, anggota keselamatan dan petugas bagi memastikan majlis berjalan mengikut prosedur operasi standard.

Walaupun tiada acara perbarisan tahun ini berikutan wabak COVID-19, namun sambutannya tetap berkobar-kobar apabila rakyat beralih kepada media sosial bagi menzahirkan rasa cintakan kepada negara.

Menggunakan tanda pagar #malaysiaprihatin dan #momennegaraku, kebanyakan rakyat turut berkongsi gambar mengibarkan Jalur Gemilang serta menzahirkan harapan agar Malaysia terus sejahtera.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, diharapkan semangat patritisme kekal membara di dalam jiwa lebih-lebih lagi semasa negara berdepan ancaman wabak COVID-19.

“Kami di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meneruskan khidmat bakti untuk mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara dari segala bentuk ancaman.

“Selamat Hari Kemerdekaan Ke-63. Malaysia Prihatin,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.