nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hari Kebangsaan: Agong kurnia pembebasan awal 13 banduan

31 OGOS: Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan pembebasan awal kepada 13 banduan di beberapa penjara di seluruh negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, mereka dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat, pada 28 Disember 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, atas pertuduhan menurut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana berperang atau cuba berperang atau bersubahat berperang melawan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang Dipertua Negeri.

Menurut beliau, perkenan Al-Sultan Abdullah ini dibuat menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan susulan daripada nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Kesemua 13 banduan yang dihukum menjalani hukuman penjara sepanjang hayat sejak 2001 ini membuat rayuan pengampunan terhadap hukuman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah, atas nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam mesyuarat ke-55 yang bersidang, pada 4 September tahun lalu, bertitah perkenan untuk membebaskan 13 banduan itu pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

Susulan mesyuarat itu, Al-Sultan Abdullah atas nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam mesyuarat ke-56 yang bersidang pada 24 Julai lalu, berkenan mengurniakan pembebasan awal kepada 13 banduan itu, berkuat kuasa pada Ogos ini.

Ahmad Fadil berkata, pembebasan awal itu bertujuan memberi peluang kepada mereka menunjukkan kelakuan baik untuk kembali ke pangkuan masyarakat dan kehidupan normal serta menjadi insan yang lebih baik.

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar kesemua 13 banduan mengenang kembali kesilapan, terus memohon keampunan dan menilai sejauh mana hubungan mereka dengan Tuhan dan keluarga serta masyarakat,” katanya.

“Seri Paduka turut menzahirkan harapan supaya mereka menjalani kehidupan baharu bersama keluarga tersayang dan masyarakat secara berfaedah dan masing-masing memainkan peranan sebagai rakyat berbakti kepada agama, bangsa dan negara, katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.