nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hubungan diplomatik Malaysia-Arab Saudi menggalakkan

2 SEPT: Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Arab Saudi kini berada pada tahap amat menggalakkan bagi meneruskan kesejahteraan buat kedua-dua negara itu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, walaupun hubungan Malaysia dengan Arab Saudi agak menurun ketika zaman Pakatan Harapan (PH) namun negara itu terus kekal sebagai rakan dagang terbesar bagi negara ini.

Menurut beliau, keakraban antara kedua-duanya sejak sekian lama terbukti dengan kerjasama yang dijalin dan dikembangkan dalam pelbagai bidang yang memberi keuntungan kepada kedua-dua negara.

“Arab Saudi terus kekal salah satu rakan dagang besar negara paling terbesar di rantau Asia Barat dengan jumlah dagangan direkodkan pada 2019 sebanyak RM22.31 juta. Malaysia juga sentiasa komited menorak langkah kerjasama dengan Arab dalam pelbagai bidang yang sentiasa mengambil pendekatan proaktif ke arah hubungan lebih mantap.

“Walaupun terdapat kekangan ekoran situasi COVID-19, hubungan dua hala Malaysia Arab Saudi terus dikukuhkan melalui persidangan telefon di antara YB Menteri Luar Negeri kita dan Arab Saudi serta perhubungan di pelbagai peringkat tertinggi.

“Justeru itu, adalah jelas bahawa hubungan Malaysia dengan Arab Saudi dilihat semakin produktif dan dinamik di bawah tampuk kepimpinan Perdana Menteri sekarang ini,” katanya dalam sesi soal jawab lisan Dewan Negara, hari ini.

Kamarudin menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Siti Fatimah Yahaya berhubung hubungan diplomatik Malaysia dengan Arab Saudi yang dilihat menurun di bawah pemerintahan kerajaan PH.

Beliau memberitahu, hasil hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN), Arab Saudi telah menyumbang sejumlah peralatan perubatan kepada kerajaan Malaysia.

Kamarudin menambah, sumbangan tersebut merupakan sumbangan terbesar yang diterima Malaysia dari negara asing yang sumbangan tersebut bernilai jutaan ringgit.

“Selain itu, kerajaan Arab Saudi juga telah memudah cara urusan repatriasi rakyat Malaysia dari Arab Saudi susulan penutupan ruang antarabangsa disebabkan COVID-19. Setakat hari ini sebanyak 1,264 rakyat Malaysia telah dibawa pulang dari Arab Saudi melalui 11 penerbangan khas pesawat Saudi Arabian Airline.

“Daripada 11 penerbangan tersebut, kerajaan Arab Saudi telah menaja penerbangan ulung iaitu pada 11 April 2020 di mana 45 rakyat Malaysia telah mendapat manfaat tiket penerbangan percuma. Bagi 10 penerbangan yang lain, para penumpang telah membayar tiket penerbangan masing-masing,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.