nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tak salah menteri keluar surat sokongan

3 SEPT: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil menegaskan, tindakan seseorang ahli politik atau menteri mengeluarkan surat sokongan bukanlah satu kesalahan.

Walau bagaimanapun, Shamshun Baharin berkata, adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang penjawat awam untuk menganggap surat sokongan sebagai faktor penentu, arahan atau pendorong dalam membuat keputusan.

“Kita pernah keluar statement (kenyataan), siapa-siapa nak keluar surat sokongan, kita tak melarang. Tidak menjadi kesalahan, mana-mana menteri ke, mana ahli politik nak keluar surat sokongan.

“Cuma penjawat awam tidak boleh jadikan ia sebagai asas dalam membuat keputusan. Beratus surat sokongan, (itu) biasa tetapi sebagai penjawat awam ia tidak boleh dianggap sebagai arahan. Kita ada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi iaitu apa-apa keputusan dibuat berdasarkan garis panduan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Forum Pencegahan Rasuah Malaysia ke-2 di Putrajaya hari ini.

Shamshun Baharin berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai beberapa peristiwa baru-baru ini yang menyaksikan para ahli politik termasuk seorang menteri Kabinet terlibat dalam isu-isu membabitkan amalan pemberian surat sokongan.

Mengulas lanjut, Shamshun Baharin berkata adalah menjadi kelaziman bagi ahli politik untuk mengeluarkan surat sokongan terutama ketika diminta oleh penyokong atau pengundi di kawasan pilihan rayanya.

“(Ada) beratus surat sokongan, biasa la tu. Orang politik kan bila ada constituent (kawasan pilihan raya) dia minta surat sokongan, dia keluarkan la tapi kita sebagai penjawat awam tak boleh anggap itu arahan.

“Kita ada SOP (prosedur operasi standard) kita kena ikut. Apa-apa pun kita buat keputusan kita ada garis panduan kita kena gunakan,” katanya.

Sementara itu, Shamshun Baharin mengingatkan syarikat korporat supaya menyediakan garis panduan jelas mengenai penerimaan atau pemberian hadiah termasuk bentuk wang tunai, dalam usaha mencegah rasuah dalam organisasi masing-masing.

Beliau berkata ini kerana elemen berkenaan adalah di antara kandungan Garis Panduan Menteri mengenai Tatacara Mencukupi Bagi Prinsip Liabiliti Korporat.

“Ketika ini senarai semak itu sudah dimuktamadkan untuk dibentang kepada pengurusan tertinggi suruhanjaya itu, dan apabila diluluskan kelak, boleh digunakan organisasi korporat.

“Terpulang kepada organisasi korporat untuk menyesuaikan dengan keperluan masing-masing. Secara peribadi, saya tidak setuju dengan tindakan sesetengah organisasi yang mempunyai dasar tidak boleh memberi hadiah kerana apabila ia dilaksanakan bermakna tiada sebarang hadiah boleh diberikan atau diterima, beri hadiah korporat pun tidak boleh.

“Sebaliknya, perlu ada satu garis panduan yang menetapkan apa yang boleh diterima, bentuk hadiah serta jika ia dalam bentuk wang, berapa nilai yang dibenarkan,” katanya.

Shamshun Baharin berkata, peruntukan undang-undang baharu itu mengambil contoh perundangan sama yang diguna pakai di United Kingdom, yang mempunyai dasar jelas membabitkan dasar pemberian hadiah, derma dana politik, penajaan serta pemberi maklumat.

Beliau berkata, garis panduan itu perlulah telus dan dimaklumkan kepada semua yang terbabit dalam organisasi komersil itu selain boleh diaudit.

Terdahulu, ketika menyampaikan ucaptamanya, Shamshun Baharin berkata, di bawah Subseksyen 5, Seksyen 17A Akta SPRM itu, Garis Panduan Menteri itu perlu disediakan dalam membantu organisasi komersial memahami apa yang dimaksudkan sebagai Tatacara Mencukupi yang mereka boleh laksanakan.

Katanya, lima prinsip yang dinyatakan dalam garis panduan itu membabitkan apa yang dinamakan sebagai TRUST, iaitu komitmen pengurusan tertinggi; penilaian risiko; mengambil langkah kawalan; penilaian, pemantauan dan penguatkuasaan bersistematik serta latihan dan komunikasi.

Shamshun Baharin berkata, pihaknya sedar dengan pelbagai persoalan mengenai Tatacara Mencukupi yang dinyatakan dalam peruntukan baharu itu.

Beliau berkata, organisasi komersil tidak perlu bimbang atau berasa panik selagi langkah pencegahan rasuah mencukupi dilaksanakan.

Katanya, langkah-langkah ini boleh juga mempunyai inisiatif seperti Anti-Bribery Management System (ABMS) ISO 37001, Corruption Risk Management (CRM), Corporate Integrity Pledge 2.0, serta Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.