nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekalan air mula disalur secara berperingkat

5 SEPT: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mula menyalurkan bekalan air kepada pengguna empat wilayah terjejas secara berperingkat-peringkat bermula jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Elina Baseri dalam kenyataan media hari ini memaklumkan pemulihan kumpulan pertama pada 5 hingga 7 September ini membabitkan 667 kawasan atau 51.6 peratus.

Beliau berkata usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas.

“Air Selangor menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, 9 September 2020.

“Oleh itu, Air Selangor memohon kerjasama para pelanggan yang telah menerima bekalan supaya menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” katanya.

Elina berkata pengguna boleh mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam untuk kemudahan pengguna yang memerlukan bekalan air semasa tempoh pemulihan bekalan air.

“Air Selangor menasihatkan para pengguna mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa mengambil bekalan air di PKS dan pili air awam.

“Pengguna yang datang untuk mengambil air digalakkan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial 1 meter ketika beratur,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.