nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PH mungkir janji punca calon tajaan Pejuang kalah

5 SEPT: Kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji kepada warga Felda menyebabkan calon Bebas tajaan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Amir Khusyairi Mohd Tanusi kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, antara janji yang gagal ditunaikan kerajaan PH di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu adalah menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dan menghapuskan hutang peneroka.

“Janji kosong semuanya! Jadi apa yang Tun Mahathir nak terperanjat kalau calon parti baharu Pejuang kalah di DUN Slim?

“Pengundi warga Felda di DUN Slim sudah balik kepada BN dan PAS kerana Muafakat Nasional (MN) sebab setelah berkuasa selama 22 bulan, PH dan Tun Mahathir masih tidak faham kehendak warga Felda,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Shahrir Samad
SHAHRIR ABDUL SAMAD

Dr Mahathir membuat dakwaan tidak berasas kononnya Barisan Nasional (BN) menyokong pengundi PRK DUN Slim dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, kelmarin.

Sehubungan itu, Shahrir menasihatkan Dr Mahathir mencari sebab sebenar mengapa BN menang walaupun beliau sendiri turun berkempen untuk calon Bebas di kawasan Felda.

Beliau turut menyindir Dr Mahathir yang asyik mendakwa BN telah ‘membeli’ pengundi di DUN Slim.

“Duit, duit. Itu sahajalah ‘mantra’ elit Melayu. Ke mana perginya prinsip perjuangan? Maruah bangsa dan negara? Martabat Islam?” soalnya.

Shahrir mengingatkan Dr Mahathir bahawa kedudukan kewangan BN sangat teruk apabila banyak akaun BN dan UMNO dibekukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik sahaja PH berkuasa.

Menurut beliau, BN dan UMNO dikenakan tindakan undang-undang dan sehingga kini, terpaksa melalui proses perbicaraan.

“Jangan cakap lagi pasal hati orang biasa. Tak semuanya pasal duit. Prinsip dan maruah masih bolih bertahan asakan duit.

“Terutamanya akar umbi. Lainlah kumpulan elit Melayu bersama Tun Mahathir!” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.