nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

580 pengunjung kelab malam ingkar arahan PKP

7 SEPT: Tindakan kompaun mungkin tidak cukup untuk menghalang seramai 580 individu daripada melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semata-mata untuk berhibur di pub atau kelab malam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka merupakan antara 873 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan tersebut, semalam.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 797 individu dikompaun manakala 71 individu direman dan lima individu dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk penjarakan fizikal (118), tidak memakai pelitup muka (52), premis beroperasi lebih masa (52), pendatang asing tanpa izin (39), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (22), disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran (7), langgar perintah kuarantin (2), dan menghalang penjawat awam bertugas (1),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Berhubung Operasi Benteng semalam, Ismail Sabri memberitahu, sebanyak 14 tangkapan melibatkan 30 PATI dan empat penyeludup dilakukan manakala 12 kenderaan darat dirampas.

“Sebanyak 79 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan PDRM (65 SJR), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (10 SJR) dan Angkatan Tentera Malaysia (4 SJR),” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, sejak 24 Julai sehingga 6 September 2020, seramai 24,781 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 67 hotel dan empat institut latihan awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Perlis, Labuan dan Kedah.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,842 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, 66 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 14,873 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” jelasnya.

Beliau memaklumkan, mereka telah pulang dari 32 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, New Zealand, Amerika Syarikat dan Australia.

Semalam, pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah melakukan 1,088 pemeriksaan khas Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebanyak 1,080 premis didapati mematuhi SOP yang ditetapkan manakala lapan premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.