nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peluang kedua kembali berkhidmat untuk rakyat Sabah

8 SEPT: Barisan Nasional (BN) perlu menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai peluang kedua untuk kembali berkhidmat dan menabur jasa kepada rakyat di negeri itu.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radi berkata, peluang kedua yang diberikan oleh Allah SWT itu mesti dimanfaatkan bagi membebaskan Sabah daripada cengkaman Parti Warisan Sabah (Warisan) yang didakwa menipu rakyat.

Menurut beliau, Warisan dan Pakatan Harapan (PH) telah banyak berjanji kepada rakyat Sabah namun sebahagian besar janji-janji itu tidak ditepati.

Pemimpin-pemimpin BN melafazkan ikrar.

“Masa yang sesuai untuk kita semua jentera BN di seluruh Sabah bersatu hati, bersatu kekuatan dan tekad kita.

“Insya-Allah, kalau kita bersatu, kita akan menang dalam PRN ini,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran jentera BN bagi PRN Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dan pemimpin-pemimpin BN yang lain.

Bung Moktar menambah, jentera BN selaku barisan hadapan PRN Sabah perlu mempersiapkan diri dan memperkasakan kedudukan parti.

“Kalau nampak benteng kita sudah rapuh sikit, perkuatkan. Jangan pula sudah jatuh, kita desak lagi dia,” tegasnya.

Beliau juga meminta jentera BN menggunakan segala kekuatan yang dimiliki untuk memastikan kemenangan parti pada 26 September ini. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.