nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPRM siasat kes ladang durian haram Raub

8 SEPT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan dalam kes dakwaan pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, siasatan tersebut dijalankan oleh SPRM Pahang.

Menurut kenyataan itu, SPRM sedang mengumpul maklumat dan meneliti beberapa dokumen berkaitan daripada pihak terlibat.

“Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pencerobohan tanah di Raub untuk melaporkan terus kepada pejabat SPRM berdekatan.

“SPRM juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah atau salah guna kuasa dalam isu ini,” katanya.

Pada 1 Ogos lalu, kerajaan negeri Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.

Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.

Antara kawasan dusun durian di Raub itu adalah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.