nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perikatan Nasional tanding di 29 kerusi

10 SEPT: Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada gabungan empat parti bakal meletakkan 29 calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 bulan ini.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman manakala Timbalannya, Datuk Masidi Manjun akan bertanding di DUN Karanaan.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula mempertahankan kerusi DUN Tambunan.

Mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar hari ini, Hajiji berkata, PN memasuki gelanggang PRN Sabah sebagai sebuah pasukan.

Malah, Hajiji tidak memberikan perincian kerusi yang ditandingi setiap parti komponen.

Menurutnya, mereka tidak bercakap tentang parti mana hari ini sama ada Bersatu, STAR atau SAPP sebaliknya sebagai sebuah pasukan PN.

“Kita satu team iaitu Perikatan Nasional. Saya, Dr Jeffrey kami bersama-sama dalam PN. Kami tidak bercakap soal parti mana, kami hanya bercakap soal Perikatan Nasional,” katanya.

Yang hadir sama pada sidang akhbar pengumuman itu, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.

Menurut Hajiji, terdapat kira-kira 60 peratus calon PN adalah terdiri daripada mereka yang bertanding buat kali pertama.

Menjawab soalan pemberita berkenaan terdapat pertindihan calon diumumkan PN dengan Barisan Nasional (BN), beliau berkata, pihaknya tidak boleh mengesahkan hal itu kerana tidak mengetahui senarai penuh calon parti BN.

“Kita tengok macam mana. Cuma saya berharap salah satu (sama ada PN atau BN) dapat menarik diri. Sebabnya kita mahu menang (dengan mengelakkan pertembungan sesama sendiri).

“Kita mahu elakkan pertembungan. Kita mahu menang pilihan raya.

“Penamaan pada Sabtu, maka kita masih ada esok untuk selesaikan hal ini untuk mencari penyelesaian terbaik buat semua,” katanya.

Berdasarkan semakan media, terdapat tiga kerusi yang mungkin menyaksikan ia bertembung dengan parti rakan, iaitu UMNO di di DUN Paginatan dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di DUN Tulid dan DUN Sook.

Berhubung soalan pemberita siapa Ketua Menteri sama ada dari PN atau BN, Hajiji dengan tegas mengingatkan yang soal itu tidak patut timbul sama sekali ketika ini kerana fokus semua untuk menggantikan kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Kita mahu menang dulu, ambil alih kerajaan kerana kerajaan Warisan telah gagal tadbir Sabah. Walau baru dua tahun dua bulan Warisan memerintah, mereka jatuh.

“Inilah peluang terbaik kepada rakyat Sabah untuk memilih kerajaan yang boleh membawa kebaikan, membangun negeri dan sehaluan dengan kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Mengenai ketiadaan nama Tan Sri Musa Aman dalam senarai calon PN, Hajiji berkata, beliau tidak boleh mengulas perkara itu yang patut ditanya pada UMNO.

Dalam masa sama, Timbalan Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Masidi Manjun menjelaskan, perkara itu tidak timbul kerana senarai nama sudah dijelaskan.

Antara pemimpin lain Bersatu yang mempertahankan kerusi masing-masing ialah Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Mohd Arifin Arif (Membakut), Datuk Ghulam Haidar Bahadar (Kawang) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas).

Dua penyandang yang sebelum ini meninggalkan kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan sekutunya turut dicalonkan semula.

Mereka ialah Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) dan Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik). -Oleh M. HERMAN HAMID

Datuk Mohd Arifin Arif – DUN Membakut
Datuk Nizam Abu Bakar Titingan – DUN Apas

Get real time updates directly on you device, subscribe now.