nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPDP di Kota Setar 2 minggu

10 SEPT: Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara Pentadbiran (PKPDP) di daerah Kota Setar, Kedah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil setelah mengambil kira peningkatan kes Kluster Sungai dan Tawar di daerah tersebut.

Menurut beliau, PKPD berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam, 11 September 2020 sehingga 25 September 2020 dan akan melibatkan 366,787 penduduk di 28 mukim di daerah Kota Setar.

“Keluar masuk daerah adalah dilarang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan sekatan jalan raya dan kawalan di jalan keluar masuk daerah.

“Kemasukan melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) di Bukit Kayu Hitam dihentikan buat sementara waktu,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri menambah, individu yang perlu keluar untuk bekerja tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan sepanjang tempoh PKPDP.

Beliau memberitahu, majikan mereka diminta untuk mengambil maklum tentang perintah ini dan membenarkan mereka yang terlibat untuk bekerja dari rumah.

Selain itu, masjid dan rumah ibadat lain diarahkan tutup manakala semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah dilarang sepanjang tempoh PKPDP.

“Semua taska, sekolah swasta dan kerajaan termasuk lain-lain institusi pengajian rendah, menengah dan pra-universiti juga diarahkan tutup sepanjang tempoh PKPDP.

“Sesi pengajian di semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk institut latihan kemahiran di daerah Kota Setar turut ditangguhkan.

“Hanya premis perniagaan yang menyediakan perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi seperti premis yang menyediakan perkhidmatan makanan seperti kedai makan dan warung serta stesen minyak, kedai runcit dan farmasi, klinik serta hospital sahaja,” jelasnya.

Ismail Sabri berkata, perkhidmatan perlu lain seperti kilang perlu memohon kebenaran PDRM terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi.

Beliau menyatakan, restoran, kedai makan hanya boleh menggunakan kaedah bungkus sahaja dan hanya boleh beroperasi dari jam 8 pagi jam 8 malam.

“Klinik dan hospital dibenarkan beroperasi 24 jam, manakala waktu operasi farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan dibenarkan sehingga 8 malam sahaja.

“Stesen minyak dan kedai runcit boleh beroperasi dari jam 8 pagi- 8 malam sahaja,” ujarnya.

Operasi pasar malam dan pasar tani juga adalah tidak dibenarkan, manakala hanya operasi pasar harian dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 2 petang sahaja.

Hanya ketua keluarga atau seorang dari sebuah rumah sahaja dibenarkan untuk keluar bagi tujuan pembelian barang makan atau keperluan keluarga.

Kenderaan yang membawa barangan keperluan dibenarkan keluar masuk tetapi perlu mendapat kebenaran PDRM terlebih dahulu.

Perkhidmatan feri di Kuala Kedah juga tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPDP dan orang ramai diminta menggunakan perkhidmatan feri di Kuala Perlis.

Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Di samping itu, Ismail Sabri berkata, PKPDP turut dilaksanakan di kawasan Penjara Tawau dan kuartersnya mulai jam 12.01 tengah malam, 11 September 2020 sehingga 25 September 2020 dan akan melibatkan banduan, 114 anggota dan 355 ahli keluarga mereka.

PKPDP di Aman Jaya, Kedah turut dilanjutkan sehingga 13 September ini. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.