nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hishammuddin, Shafie terus ‘berperang’

16 SEPT: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, terus ‘berperang’ yang bermula dengan ‘cadangan’ Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu supaya Wisma Putra berunding dengan kerajaan Filipina.

Hishammudin menegaskan Kerajaan Persekutuan memang dari awal lagi tidak pernah melayan sebarang tuntutan pihak luar termasuk negara Filipina ke atas Sabah.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Semberong melahirkan rasa hairan dengan tindakan bekas rakan seperjuangannya dalam UMNO kerana Mohd Shafie mempersoalkan kenapa kerajaan Malaysia tidak meneruskan rundingan dengan Filipina berhubung isu terbabit.

“Semalam Mohd Shafie beritahu media, beliau akur pendirian Kerajaan Persekutuan tidak mahu berunding dengan Kerajaan Filipina. Tetapi dalam akur, beliau persoal pula, apa tindak tanduk Kerajaan demi keselamatan Sabah.

“Saya hairan, yang suruh berunding, Mohd Shafie. Kerajaan Persekutuan memang dari awal tidak layan tuntutan karut ke atas Sabah. Selepas itu, Mod Shafie ubah topik ke soal keselamatan Sabah yang Kerajaan tidak pernah kompromi,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Hishammuddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mohd Shafie, sebelum ini menggesa semua pihak terlibat untuk melihat semula sistem keselamatan di Sabah.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata sepanjang lima tahun (dari 2013-2018) beliau menjadi Menteri Pertahanan banyak inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi memperkukuhkan tahap keselamatan Sabah.

“Kalau Mohd Shafie hendak saya senaraikan semua memang banyak. Jadi, saya tulis sebahagian termasuk menempatkan 13 Briged ESSCOM di Felda Sahabat; membangunkan kem tentera di Desa Kencana yang menempatkan 1 Batalion Infantri, unit logistik, unit Armor dan Pasukan Udara Tentera Darat.

“Kerajaan juga menubuhkan Markas Task Force 450 di Kota Belud; menubuhkan 31 Briged Sempadan; menaik taraf pos kawalan sempadan; menambah pos kawalan di Tibau, Timbulan dan Luis.

“Kita juga mengatur gerak berpuluh aset tentera darat termasuk Lipan Bara, Gempita dan MIFV, selain membina Pangkalan Laut Tun Azizan dan Tun Sharifah Rodziah di Lahad Datu,” katanya.

Hishammuddin berkata kerajaan juga menaik taraf Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Pangkalan Udara Labuan dan Lapangan Terbang Lahad Datu kepada Forward Operating Base.

“Ini hanya 10 inisiatif. Banyak lagi yang telah dilaksanakan hanya ketika zaman saya Menteri Pertahanan. Boleh tonton video 4 tahun lepas di bawah yang merangkumi semua inisiatif khusus untuk Sabah semasa saya Menteri Pertahanan.

“Jadi, kalau betul Mohd Shafie prihatin tentang keselamatan Sabah, kenapa selepas PRU-14 Mohd Shafie tak pernah persoal Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan? Kenapa tak serang Liew Chin Tong sebagai Timbalan MenHan?

“Kenapa masa PRN Sabah baru nak bangkitkan isu keselamatan? Sepatutnya sempena Hari ATM hari ini, Mohd Shafie berterima kasih kepada para Perwira ATM yang bertungkus-lumus pertahan keselamatan Sabah. Bukannya jadikan isu keselamatan Sabah sebagai modal politik pilihan raya,” katanya. –Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.