nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Khairuddin tuntut Sin Chew pampasan fitnah RM1 juta

17 SEPT: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM1 juta kepada akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily dan Sin Chew Media Corporation sebagai pampasan terhadap fitnah berhubung penyiaran gambar peribadi beliau dan isterinya ketika bercuti di Belanda pada 2016.

Tuntutan itu dikemukakan melalui firma guaman Zulpadli & Edham dalam notis bertarikh 14 September 2020 dan diterima oleh agensi media tersebut hari ini.

Merujuk kepada notis tuntutan berkenaan, Sin Chew Daily telah menyiarkan gambar terbabit berserta artikel yang boleh didapati melalui pautan https://www.sinchew.com.my/content/content_2335209.html seperti terjemahan yang berikut: “Gambar Khairuddin berada di luar negara terdedah! Teresa Kok: Sebenarnya pergi melancong di tempat mana?” pada 1 September lalu.

khairuddin
Notis tuntutan yang dikemukakan kepada Sin Chew Daily dan Sin Chew Media Corporation.

Selain itu, penerbitan gambar dan artikel tersebut juga dikongsi dalam laman Facebook Sin Chew Daily pada 1 September lalu yang boleh didapati melalui pautan https://www.facebook.com/255057814552667/posts/3843044322420647/ dan telah mengundang lebih 1000 sukaan, lebih 300 perkongsian dan lebih 160 komentar yang mana jumlah tersebut masing-masing meningkat saban hari.

“Kami telah diarahkan anak guam kami untuk mengumpul kenyataan dan berita di media berita dan media baru berhubung penyebaran gambar peribadi lawatan anak guam kami dan isteri ke Belanda pada sekitar tahun 2016 iaitu ketika musim sejuk yang mengaitkannya dengan lawatan ke Turki pada 3 hingga 7 Julai 2020 iaitu ketika musim panas.

“Anak guam kami menegaskan bahawa beliau sering ke Belanda sejak 2016 hingga 2019 atas kapasiti peribadi dan urusan kerja termasuk berkunjung ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague untuk menghadiri perbincangan untuk membawa Israel ke muka pengadilan berkenaan isu kezaliman terhadap Palestin.

“Oleh yang demikian, kami telah diarahkan anak guam kami untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah dan menimbulkan persepsi jahat terhadap beliau,” kata firma guaman tersebut.

Di samping tuntutan ganti rugi RM1 juta, Sin Chew Daily dan Sin Chew Media Corporation juga dikehendaki berhenti memfitnah Mohd Khairuddin dengan serta-merta serta memadamkan gambar dan artikel tersebut dengan serta-merta.

Sin Chew Daily dan Sin Chew Media Corporation juga diminta membuat permohonan maaf kepada Mohd Khairuddin tanpa syarat mengikut cara yang dipersetujui oleh beliau dalam tempoh tujuh hari dari notis tersebut.

Agensi media terbabit juga perlu memberi jaminan dan aku janji secara bertulis bahawa tidak akan mengulangi penerbitan gambar mahupun artikel fitnah atau tuduhan serupa terhadap Anakguam kami dalam tempoh tujuh hari dari notis berkenaan.

Tambah firma guaman berkenaan, prosiding undang-undang akan dimulakan terhadap Sin Chew Daily dan Sin Chew Media Corporation jika kedua-duanya gagal melaksanakan semua tuntutan tersebut. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.