nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PN kembalikan elaun sara hidup nelayan RM300

17 SEPT: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah memperuntukkan sebanyak RM21.1 juta bagi meningkatkan semula jumlah elaun sara hidup nelayan dari RM250 sebulan kepada RM300 sebulan yang memberi manfaat kepada seramai 7,581 nelayan.

Elaun tersebut yang pada asalnya berjumlah RM300 sebulan telah dipotong kepada RM250 sebulan oleh kerajaan terdahulu di bawah Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap insentif, elaun dan geran yang diumumkan akan dapat membantu meringankan beban pengusaha tani serta memberikan galakan dan dorongan supaya terus kekal dalam sektor pertanian.

Muhyiddin
Muhyiddin Yassin bersama wakil-wakil peladang, penternak dan nelayan Sabah.

“Ingin saya jelaskan di sini bahawa bantuan-bantuan yang disalurkan adalah penting untuk memastikan ekonomi negara dan rakyat tidak terjejas teruk akibat pandemik yang melanda.

“Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan PN bertanggungjawab memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara tanpa mengambil kira perbezaan politik, ekonomi dan sosial,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkongsi perkara tersebut selepas menghadiri Program Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah di Beaufort, pagi tadi.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma selain menyerahkan bantuan khas kepada petani, penternak dan nelayan di Sabah.

Bantuan-bantuan tersebut termasuklah Elaun Sara Hidup Nelayan, Insentif Skim Rezeki Ternak, Geran Agropreneur Muda, Insentif Projek Pembangunan Industri Kopi dan Sumbangan Wakalah Zakat Perniagaan NAFAS.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mengiktiraf jasa golongan penternak, peladang dan nelayan sebagai hero tidak didendang yang sentiasa bersemangat walau apa rintangan yang dihadapi mereka.

Menurut beliau, mereka ini merupakan antara petugas barisan hadapan dalam usaha meneruskan aktiviti penanaman, penternakan dan perikanan dalam keadaan negara berhadapan dengan wabak COVID-19 bagi memastikan bekalan makanan ke seluruh negara tidak terputus.

“Terima kasih dan syabas saya ucapkan. Pengorbanan anda semua amat besar nilainya kepada negara dalam memastikan kita sentiasa mendapat bekalan makanan yang cukup.

“Adalah menjadi perhatian utama saya juga untuk menentukan dan memastikan keselamatan makanan sentiasa terjamin dalam menghadapi apa juga krisis supaya tidak ada rakyat Malaysia yang ditinggalkan.

Justeru itu, Muhyiddin mengharapkan aktiviti pertanian sentiasa diteruskan dan kerajaan PN akan sentiasa komited menyediakan perkhidmatan yang terbaik supaya para peladang, penternak dan nelayan tidak menghadapi masalah untuk memasarkan produk yang dihasilkan.

“Supaya mereka tidak menghadapi masalah untuk memasarkan produk yang dihasilkan selain dapat menawarkan produk segar serta berkualiti pada harga yang berpatutan kepada penduduk setempat.

“Saya juga ingin menyeru semua agensi kerajaan di Sabah supaya memainkan peranan yang lebih proaktif dalam meningkatkan sosioekonomi “barisan hadapan” kita supaya mereka dapat terus memberikan khidmat bakti bagi membekalkan makanan untuk kita semua,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.