nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aplikasi Sarawak Pay semakin popular

17 SEPT: Sarawak Pay iaitu aplikasi dompet elektronik atau e-wallet urus niaga membeli-belah tanpa tunai yang diperkenalkan kerajaan negeri Sarawak kini semakin popular.

Setakat ini, ia merekodkan sebanyak 13,789,499 urus niaga bernilai kira-kira RM588,252,980 sejak dilaksanakan pada November 2017.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, angka tersebut jelas menunjukkan Sarawak Pay dengan penggunanya seramai 443,396 orang dan 64,254 peniaga yang berdaftar telah diterima sebagai gaya hidup baharu rakyat Sarawak ketika ini.

“Semasa pandemik COVID-19, orang ramai tidak dapat bergerak dan hanya duduk di rumah sahaja. Ketika itu, mereka mula menggunakan Sarawak Pay,” katanya semasa berucap melancarkan Sarawak Pay dan Wi-Fi percuma di Pasar Sentral Sibu, semalam.

Beliau menambah, aplikasi Sarawak Pay merupakan satu daripada inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri untuk mentranformasikan negeri itu ke arah ekonomi digital.

“Sarawak Pay memudahkan urusan pembelian dan pembayaran tanpa perlu membawa tunai yang banyak dalam dompet,” katanya.

Abang Johari menambah, Pasar Sentral Sibu yang merupakan pasar terbesar di Sarawak telah mencatatkan jumlah peniaga teramai menggunakan Sarawak Pay.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.