nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

90 kes baru di Sabah, Sandakan pula dikesan

18 SEPT: Dalam kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sedang berlangsung ketika ini, negeri itu terus mencatatkan kes baru COVID-19 yang tinggi apabila 90 daripada 91 kes tempatan yang dilaporkan hari ini adalah di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, keseluruhannya terdapat 95 kes baru COVID-19 dengan satu lagi kes dari kluster Bunga di Negeri Sembilan manakala empat lagi kes import.

Katanya, daripada 91 penularan dalam negara, kluster Benteng LD melaporkan jumlah tertinggi dengan 76 kes melibatkan Tawau, Lahad Datu dan yang terbaru di Sandakan.

Menurut beliau, ini diikuti kluster Pulau di Kunak dengan empat kes dan kluster Selamat di Semporna, tiga.

Bagi kes import pula katanya, satu kes turut dilaporkan di Sabah melibatkan seorang krew kapal manakala tiga lagi penularan dari Indonesia melibatkan kes pendatang asing tanpa izin (PATI) di Selangor.

Kedah yang mempunyai beberapa kluster aktif terutama Sungai melaporkan sifar kes baru untuk hari ini.

“Selain itu, terdapat satu kematian baru akibat COVID-19 yang dilaporkan di Sabah dan ini menjadikan jumlah kumulatif kematian bertambah kepada 129 kes.

“Kes kematian ke-129 ini melibatkan kes di Hospital Semporna,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Selain 83 kes dari tiga kluster berkenaan, kes positif baru di Sabah turut melibatkan tiga kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang dirawat di Hospital Lahad Datu.

Katanya, dua kes lagi saringan bergejala dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau manakala satu kes lagi saringan kematian di Hospital Semporna yang melibatkan bukan warganegara.

“Satu lagi adalah kes saringan kontak rapat kepada kes ke-10,145. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau,” ujarnya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, terdapat 14 kes pulih hari ini menjadikan kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 754 kes.

Katanya, pada masa ini terdapat 11 individu yang dikesan positif COVID-19 dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan di negara ini setakat ini mencecah 10,147 kes,” katanya.

Mengenai perincian kes Benteng LD, Noor Hisham berkata, daripada 76 kes baru yang dilaporkan, 66 kes dikesan di Tawau manakala sembilan lagi di Lahad Datu dan satu kes di Sandakan.

Katanya, sejumlah 7,814 individu telah disaring dalam kluster ini dan 550 didapati positif dengan 1,838 masih menunggu keputusan ujian.

“Daripada jumlah 550 kes positif COVID-19, 271 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 279 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara Filipina (185 kes) dan Indonesia, 94 kes,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.