nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Melaka: PN berdepan tindakan RoS, ini respons BN

24 SEPT : Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) terhadap Perikatan Nasional (PN) tidak menutup ruang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata hala tuju BN sendiri masih belum ditentukan termasuk kemungkinan mengadakan rundingan dengan mana-mana parti politik.

“Tindakan RoS itu tak ada beri kesan apa pun. Sebab kita pun tidak menentukan hala tuju kita ke mana (lagi).

“Perundingan tetap perundingan tapi asas BN di dalamnya ada pelbagai parti, asas PN pun sama jadi ia tidak menjejaskan hala tuju parti itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meraikan 41 pesara pada  Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Melaka 2026, hari ini.

Mengulas sama ada tindakan RoS itu memberi kelebihan kepada BN dalam menghadapi PRN Melaka, Ab Rauf berkata, status PN ketika ini masih belum diputuskan secara muktamad.

Katanya, PN masih dalam proses memberikan penjelasan kepada RoS berhubung tindakan yang dikenakan terhadap gabungan berkenaan.

“Saya rasa dia belum digantunglah, cuma PN diminta berikan tunjuk sebab kenapa ia tidak boleh digantung.

“Kalau sekiranya berlaku penggantungan, itu kita tunggu masa hari penggantungan nanti,” katanya.

Terdahulu, PN memaklumkan pihaknya menerima notis di bawah subseksyen 13(2), Akta Pertubuhan 1966 membabitkan cadangan pembatalan pendaftaran PN dan diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan sebab.

Menurut RoS, notis itu bagi menuntut PN memberikan penjelasan berhubung aduan yang dikemukakan Bersatu.

Susulan pengeluaran notis itu, RoS turut mengeluarkan perintah penggantungan di bawah Subseksyen 13(2A) Akta 832 yang menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa, 23 September.

Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara rasmi dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN Melaka.

BN sebelum ini dilaporkan bakal berunding dengan gabungan parti politik termasuk PN dan Pakatan Harapan bagi mengintai ruang kerjasama menjelang PRN Melaka, tidak lama lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.