nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kuasa melantik PM di tangan Agong, bukan Ahli Parlimen

Oleh ABDUL MUEIN ABADI

DATUK Seri Anwar Ibrahim tidak akan secara automatik menjadi Perdana Menteri meskipun jika benar beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(4) jelas mengatakan bahawa ‘Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong’.

Perlembagaan jelas menyatakan bahawa kuasa melantik Perdana Menteri dan membubarkan Dewan Rakyat adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong, bukannya di tangan ahli majoriti Dewan Rakyat.

ABDUL MUIEN ABADI

Kini Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah, dan selepas mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020, hanya beliau yang boleh memilih sama ada untuk meminta baginda untuk membubarkan Dewan Rakyat atau meletak jawatan.

Tiada istilah pelantikan Perdana Menteri bergantung 100 peratus pada jumlah sokongan Ahli Dewan Rakyat, sebaliknya perlu perkenan Baginda – seperti mana dalam kes pelantikan Tan Sri Muhyiddin.

Situasi semasa juga berbeza dengan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tempoh hari. Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tidak bertindak meletak jawatan, seperti mana Tun Dr Mahathir Mohamad tempoh hari.

Tindakan sesetengah Ahli Parlimen melompat selepas pengisytiharan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dijadikan asas kononnya secara automatik pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin terbatal kerana ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sama sekali.

Hal ini bermakna kesemua Ahli Parlimen boleh memilih sama ada untuk mematuhi keputusan baginda – dengan menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri – atau bertindak sebagai pembangkang di Dewan Rakyat. Bukannya menganggap diri mereka sebagai penentu posisi Perdana Menteri kerana segala prosedur telah dijalankan sebaiknya oleh Yang di-Pertuan Agong.

Satu lagi pilihan Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin adalah dengan mendesak beliau agar membubarkan Dewan Rakyat. Tentulah mereka boleh mengemukakan Undi Tidak Percaya, tetapi bukan dengan menganggap bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim secara automatik akan terus dilantik sebagai Perdana Menteri.

Harus diingat, langkah PH mendesak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin samalah ertinya mendesak beliau membubarkan Dewan Rakyat. Hakikatnya, keputusan telah dicapai menurut kaedah yang tertib. Tidak seharusnya ada cubaan untuk terus memanjangkan krisis politik di negara kita saat kita berdepan dengan pandemik COVID-19 ini.

Sesungguhnya, hari ini krisis politik negara adalah berpunca daripada perebutan kuasa sesama Ahli Parlimen. Ia telah dileraikan dengan sebaiknya oleh baginda Yang di-Pertuan Agong – dibantu kerjasama sebahagian ahli politik yang bertindak demi kestabilan negara, bukannya demi kepentingan individu.

Maka Ahli Parlimen seharusnya insaf, tidak bertindak memanjangkan krisis ini dengan adegan lompat-melompat yang mengimpak kestabilan yang telah diputuskan baginda.

Semoga Allah peliharakan kestabilan negara kita.

Allah Maha Besar,
Daulat Tuanku.

Penulis ialah Penyelidik PhD di Fakulti Tadbir Urus dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Leiden, Belanda.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.