nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sekatan perjalanan keluar masuk Sabah

6 OKT: Sekatan perjalanan akan dikuatkuasakan dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan mulai esok hingga 20 Oktober ini berikutan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negeri itu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walau bagaimanapun, pengecualian khas diberikan kepada kes-kes tertentu yang melibatkan kes kecemasan, kematian, perkhidmatan perlu dan lain-lain yang perlu mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka yang telah mendapat kebenaran juga perlu menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB

Berhubung pergerakan masuk ke Sabah, beliau memberitahu, kebenaran diberikan kepada kategori seperti berikut:

  • Rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H
  • Pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sabah, atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak.
  • Pekerja bidang perkhidmatan yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah.
  • Pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad/pas pelajar daripada Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah.
  • Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah perlu mendapatkan cop seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di pejabat Imigresen Sabah setelah masuk ke Negeri Sabah
  • Pemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk atau endosmen permit masuk dalam pasport.

Ismail Sabri menambah, mereka hendaklah membuat permohonan kepada Jabatan Ketua Menteri Sabah melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan untuk pertimbangan.

“Mereka juga akan menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing. Sebarang pertanyaan lain boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434,” jelasnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 363 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 307 individu telah dikompaun manakala 56 orang direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (144), gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (129), penjarakan fizikal (53), premis beroperasi lebih masa (17), aktiviti dalam pub dan kelab malam (15), masuk kawasan PKPDB tanpa kebenaran (2), langgar perintah kuarantin (1), menjalankan aktiviti perjudian (1), dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah (1),” katanya.

Menurut beliau, Operasi Benteng semalam pula menyaksikan pasukan keselamatan berjaya menangkap seramai 151 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang tekong serta merampas lima buah kenderaan darat. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.