nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Industri kreatif Malaysia beri sumbangan besar

7 OKT: Industri kreatif Malaysia boleh memberi sumbangan yang penting kepada sektor dan industri pertumbuhan tinggi seperti pendidikan, sains dan inovasi dengan pendekatan yang sesuai.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penggiat industri kreatif, seni dan budaya tidak perlu lagi melihat diri mereka secara berasingan kerana ini adalah masanya apabila disiplin dan nilai perniagaan disepadukan kepada kaedah digital dan teknologi yang lain.

“Pertimbangkan ini untuk seketika…bagaimana keadaan syarikat gergasi teknologi global yang berpengaruh seperti Google, Apple dan Amazon jika mereka tidak mempunyai kandungan ekonomi kreatif ini dalam platform mereka?

“Ekonomi kreatif telah menjadi daya saing dan pertumbuhan kepada banyak syarikat dengan pertumbuhan tinggi di seluruh dunia,” katanya ketika berucap pada Forum Ekonomi Kreatif 2021 sempena Belanjawan 2021 semalam.

Menurut beliau, pandemik COVID-19 telah memberi impak yang buruk kepada industri kreatif, menyebabkan kekangan aliran tunai berikutan kerugian atau projek yang ditangguhkan, dan industri memerlukan sokongan yang cepat untuk menghidupkan semula aktiviti kreatif.

Tengku Zafrul menambah, industri kreatif Malaysia menyumbang 1.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2015, dan mempunyai potensi yang besar untuk berkembang dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang.

“Cabaran untuk semua pihak yang berkaitan, termasuk kerajaan, ialah bagaimana kita dapat memanfaatkan asas ini, dan langkah-langkah yang perlu kita laksanakan supaya ekonomi kreatif boleh menjadi penyumbang yang besar kepada negara,” katanya.

Sebagai permulaan, Tengku Zafrul berkata terdapat keperluan untuk membuang salah tanggapan bahawa pelbagai sektor ekonomi wujud secara berasingan, dan untuk menunjukkan bahawa ekonomi kreatif mempunyai hubungan dengan ekonomi Malaysia yang lebih luas.

“Contoh yang jelas daripada hubungan itu dapat dilihat di Korea Selatan apabila kejayaan industri filem dan muziknya membantu meningkatkan jualan global produk kecantikan dan elektroniknya, serta mempromosikan industri pelancongan mereka kepada dunia,” katanya.

Beliau memberitahu, bagi memastikan kelangsungan segera industri ketika pandemik COVID-19, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM225 juta bagi industri seni, budaya dan acara di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Ini termasuk RM100 juta dalam bentuk pinjaman mudah dan RM30 juta geran untuk industri kreatif, acara dan pameran di bawah MyCreative Ventures serta RM10 juta di bawah CENDANA (Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya).

Tengku Zafrul berkata, negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Korea Selatan misalnya telah menyaksikan peralihan dan terbukti berjaya membangunkan serta mempromosi ekonomi kreatif masing-masing.

“Ekonomi kreatif itu turut menjadi peluang bagi kita mempromosikan seni, budaya dan warisan Malaysia di persada dunia.

“Kali ini, kita menambah kisah kejayaan sendiri dengan mewujudkan ekonomi kreatif yang mampan, berdaya tahan dan berkembang pesat dan dapat mempromosi Malaysia di peringkat antarabangsa,” jelasnnya.

Pada masa sama, beliau turut menekankan kepentingan untuk meningkatkan usaha bagi memperkasa bakat atau tenaga kerja di segenap lapisan ekonomi kreatif tersebut.

Forum Ekonomi Kreatif 2021 selama sehari itu telah dianjurkan oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd.

Ia merupakan siri pertama daripada dua bahagian yang dirancang sebagai platform bagi kemajuan masa depan dengan menggalakkan perkongsian serta pengumpulan idea dan menghimpunkan semua pihak berkepentingan, kementerian berkaitan, sektor swasta serta aktivis dan pengamal kreatif, seni dan budaya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.