nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peguam Rosmah dakwa penyiasatan tidak cekap

7 OKT: Pegawai penyiasat kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, didakwa tidak cekap dalam mengendalikan siasatan kes membabitkan isteri bekas perdana menteri itu.

Ketika menyoal balas Noornabilah Mohd Azman, 30, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah juga mendakwa saksi ke-23 pendakwaan itu “terlampau pasif”, lapor portal Bernama.com

“Minta maaf, saya cakap kamu sangat tidak cekap, kamu nampaknya seperti tidak tahu apa-apa, kamu tidak menyumbang apa-apapun kepada perkembangan kes ini,” kata Akberdin pada perbicaraan kes Rosmah, 69, yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

Peguam itu berkata demikian selepas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan kerap menjawab tidak tahu atau “tiada dalam pengetahuan saya” setiap kali ditanyakan soalan berhubung kes berkenaan.

Semalam, Akberdin dilihat hampir hilang sabar apabila Noornabilah yang juga saksi terakhir pendakwaan kerap meminta peguam itu mengulangi soalan dan ketika memulakan prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan mengingatkan Noornabilah supaya memberi lebih tumpuan kepada soalan yang diajukan peguam.

“Kamu kerap meminta beliau (Akberdin) mengulangi soalannya semalam. Kamu bertuah beliau seorang yang penyabar, jadi dengar dengan teliti soalan, dengar hati-hati takut hilang sabar dia nanti,” seloroh Mohamed Zaini yang mengundang tawa semua yang hadir di mahkamah.

Selain Akberdin, Noornabilah turut “diserang” seorang lagi peguam Rosmah, Azrul Zulkifli Stork yang mendakwa saksi itu gagal menjalankan amanahnya apabila hanya menjalankan siasatan yang bertujuan untuk menuduh anak guamnya di mahkamah.

Peguam itu juga mencadangkan bahawa Noornabilah hanya menjalankan siasatan berdasarkan dokumen yang diperoleh daripada pegawai penyiasat lain tanpa beliau sendiri turun ke lokasi kejadian dan bertemu saksi, yang mana pegawai SPRM berkenaan mengakuinya.

Azrul: Kamu tidak pernah semak dengan polis atau Bank Negara Malaysia mengenai kewujudan dua beg hitam berisi RM5 juta dan dua beg hitam berjalur oren berisi RM1.5 juta (wang rasuah yang dikatakan diterima Rosmah).

Noornabilah: Tidak betul, (buat semakan) daripada keterangan saksi.

Azrul: Jadi, kamu buat siasatan berdasarkan dokumen?

Noornabilah: Dokumen dan keterangan saksi.

Sementara itu, ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Akram Gharib, saksi tersebut menjelaskan beliau hanya pegawai penyiasat bagi kes membabitkan Rosmah dan tidak terlibat dalam siasatan melibatkan Saidi, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Setiausaha UMNO Bahagian Pekan Datuk Ahmad Aazmey Abu Talib berhubung kes solar hibrid berkenaan.

Ahmad Akram meminta Noornabilah memberi penjelasan tersebut berikutan saksi itu semalam bersetuju dengan cadangan Akberdin bahawa kesemua individu terbabit tidak dituduh di mahkamah kerana sasaran utama pihak pendakwaan ialah untuk menuduh Rosmah.

TPR itu turut merujuk Noornabilah kepada dokumen mengandungi rakaman percakapan Rosmah ketika siasatan SPRM, yang mana isteri bekas perdana menteri tersebut mendakwa beliau tidak mengenali Saidi dan menafikan meminta rasuah RM187.5 juta daripada Saidi.

Ahmad Akram: Dalam siasatan kamu, adakah kamu dapati Rosmah mengenali Saidi?

Noornabilah: Ya kenal. Saidi diperkenalkan kepada Rosmah melalui Datuk Rizal Mansor (bekas pegawai khas Rosmah) di kediaman beliau (Rosmah).

Ahmad Akram: Ada apa-apa dalam siasatan kamu yang menyatakan Saidi pernah berada di rumah Rosmah?

Noornabilah: Ada gambar dan video yang menunjukkan Saidi berada di rumah Rosmah dan Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta.

Rosmah didakwa menerima suapan menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.

Perbicaraan bersambung 20 Oktober ini yang mana Mahdzir yang juga saksi kelima pendakwaan akan dipanggil semula untuk disoal balas pihak pembelaan.

Pada tarikh sama, mahkamah akan mendengar permohonan pihak pendakwaan untuk memasukkan rakaman audio yang didakwa perbualan membabitkan Rosmah dan Najib sebagai bahan bukti di mahkamah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.