nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK Batu Sapi: Hadkan tempoh kempen 11 hari

7 OKT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disarankan supaya mengehadkan tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Sabah kepada paling minimum iaitu hanya 11 hari bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan pandemik COVID-19.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, berkata sebenarnya tempoh berkenaan sudah memadai berikutan peningkatan kes COVID-19 terutama di Sabah ketika ini, sekali gus mengelak risiko penularan besar-besaran jangkitan seperti berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini.

Menurut beliau, walaupun ia hanya PRK yang tertumpu kepada satu kawasan Parlimen, risiko dan bahaya peningkatan penularan adalah sama.

WAN AHMAD WAN OMAR
WAN AHMAD WAN OMAR

“Penduduk Batu Sapi akan terdedah kepada kemasukan orang dari luar kawasan, yang akan datang berkempen siang dan malam bertemu dengan pengundi Batu Sapi.

“Keutamaan orang politik hanya untuk menang kerusi. Petugas parti yang berkempen dikhuatiri kurang memberi perhatian kepada soal lain. Ini terbukti sepanjang tempoh berkempen PRN sebelum ini,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Untuk rekod, PRK Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Liew Vui Keong yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 2 Ogos lalu di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, Sabah.

Berikutan itu SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen itu, semalam dan PRK perlu diadakan dalam masa 60 hari.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya semalam, tidak dinafikan PRN Sabah adalah antara punca utama penularan mendadak kes positif COVID-19 ketika ini.

Beliau menambah, walaupun Kementerian Kesihatan dan SPR menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika berkempen dan pada hari mengundi kelak, semuanya akan bergantung kepada sikap rakyat yang terbabit di setiap peringkat urusan dan aktiviti pilihan raya nanti.

“Jika rakyat bersikap degil dan tidak ambil peduli terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan, bahaya jangkitan virus COVID-19 sukar dibendung.

“Banyak perkara yang berlaku ketika rakyat berkumpul semasa tempoh berkempen dan hari pengundian adalah di luar kawalan SPR, Kementerian Kesihatan dan polis,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.