nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tutup sekolah: KPM tidak lambat, tapi cermat

7 OKT: Sebarang keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara akan dibuat di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 setelah menerima nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, sehubungan itu beliau menyeru semua pihak untuk bersama-sama bekerjasama rapat dalam menangani cabaran ini dan Kementeriann Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk melakukan yang terbaik.

“Sebarang keputusan yang dibuat oleh KPM adalah berdasarkan penelitian yang mendalam terhadap data yang ada serta perbincangan terperinci dengan KKM dan MKN.

“Mungkin ada yang melihat dalam keadaan tertentu kami seolah-olah lambat membuat keputusan. Hakikatnya tidak begitu,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook beliau malam ini.

Kata Radzi, beliau menerima banyak cadangan daripada pelbagai pihak tentang keperluan untuk menutup sekolah apabila terdapat peningkatan penularan COVID-19 dan saranan yang diberikan amat dihargainya.

Menurutnya, beliau sedar kebimbangan ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah dan KPM sentiasa memantau rapat keadaan di sekolah di seluruh negara.

“Tiada siapa di dunia ini berpengalaman menangani krisis COVID-19. Ianya tidak pernah berlaku. Namun, kita telah belajar beberapa bulan kebelakangan ini apakah pendekatan yang sesuai dalam suasana dan keadaan tertentu.

“Alhamdulillah, pengalaman mengajar kita untuk membuat sesuatu dengan lebih baik. Menaungi lebih lima juta murid sekolah, pelajar Matrikulasi dan IPG, lebih 500,000 guru, pensyarah dan kakitangan, serta lebih 10,000 buah sekolah memerlukan pendekatan yang cermat.

“Kita belajar ketelitian amat penting dalam melahirkan keputusan yang tepat dan jitu. Sejak PKP mula dilaksanakan, walaupun terdapat kekurangan di sana sini, secara keseluruhannya pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM di sepanjang tempoh ini berjalan dengan baik,” jelasnya.

Sehubungan itu, Mohd Radzi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru, murid, PIBG, warga sekolah dan warga kementerian secara keseluruhannya.

Dalam pada itu, menurutnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam perutusan khas beliau semalam telah menyatakan bahawa kerajaan akan menutup sekolah di kawasan zon merah di seluruh negara.

“Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, KPM akan terlebih dahulu mendapatkan pengesahan kawasan zon merah daripada KKM sebelum mengumumkan penutupan sekolah di kawasan tersebut.

“Hari ini KPM mendapat pengesahan daripada KKM bahawa kawasan Klang, Selangor serta di Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah adalah kawasan zon merah.

“Sehubungan itu, petang tadi KPM telah mengumumkan bahawa sekolah di kawasan tersebut akan ditutup bermula esok 8 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober 2020,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.