nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mohd Ali dilantik Canselor UTeM ketiga

7 OKT: Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dilantik sebagai Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang ketiga.

Pelantikan Mohd Ali yang berkuat kuasa selama empat tahun bermula 15 Ogos 2020 hingga 3 Jun 2024 itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenyataan UTeM itu memberitahu, pelantikan Mohd Ali adalah bagi menggantikan Canselor UTeM sebelumnya yang merupakan bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

“Pemakluman pelantikan canselor baharu UTeM ini telah disampaikan oleh barisan pihak pengurusan tertinggi UTeM, diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali dan Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim di Pejabat Tuan Yang Terutama Melaka hari ini.

“Pelantikan itu selaras dengan sumbangan besar beliau yang terbukti sebagai individu membangunkan negeri Melaka dalam pelbagai aspek termasuklah meletakkan negeri ini sebagai antara destinasi pelancongan terkenal dunia,” kata kenyataan itu.

Mohd Ali merupakan anak jati Bukit Katil, merupakan graduan Sarjana Muda Kemasyarakatan (Pembangunan Ekonomi), Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1984 dan Sarjana Sastera, Universiti Malaya (2013).

Beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh pada 4 Jun 2020 dan menggalas jawatan Ketua Menteri Melaka dari 1999 hingga 2013.

Mohd Ali juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan pada 1995 hingga 1998 dan Timbalan Menteri Kesihatan dari 1998 hingga 1999.

Beliau turut mempunyai pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan awam dan memulakan kerjaya awal sebagai Pegawai Kerani di Tenaga Nasional dari 1969 hingga 1979, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kedah pada 1979 hingga 1980.

Berkat komitmennya dalam tugas yang baik, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kemas Perlis selama setahun dari 1980 hingga 1981.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.