nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar menghadap Agong Selasa ini

8 OKT: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 13 Oktober ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pada majlis mengadap tersebut, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang diumumkan sebelum ini.

“Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.

“Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober 2020, Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengharapkan rakyat terus bertenang serta menghormati peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Terdahulu, Anwar pada 23 September lalu mendakwa beliau mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan bagi membentuk kerajaan.

Ketua Pembangkang itu mendakwa, sokongan Ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Menurutnya, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sehari sebelumnya, namun ditangguhkan kerana Seri Paduka menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, parti itu akan meneliti dengan penuh bijaksana hasil pertemuan dalam majlis menghadap Anwar ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, pendirian UMNO jelas sebagaimana keputusan Majlis Tertinggi (MT) terdahulu.

Sebelum ini, ramai Ahli Parlimen UMNO yang dikaitkan dengan kemungkinan bakal bertukar ‘angin’ dan menyokong Anwar untuk membentuk kerajaan baharu, tampil menafikan penglibatan mereka.

Antara yang telah menafikan perkara tersebut ialah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap); Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang); Datuk Seri Idris Jusoh (Besut); Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman (Pasir Salak); Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang); Datuk Ahmad Maslan (Pontian); Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dan Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands).

Selain itu, Datuk Hasbullah Osman (Gerik), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya) dan dua lagi dari Pahang, Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) serta Datuk Seri Hasan Arifin (Rompin) turut menyangkal dakwaan yang mengaitkan mereka, kononnya berpihak kepada Anwar.

Ini membuktikan daripada senarai 19 nama yang tular di media sosial kononnya berpihak kepada Anwar, sekurang-kurangnya 14 ahli Parlimen menyatakan pendirian mereka yang kekal menyokong kerajaan hari ini pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga menolak sepenuhnya penglibatan dengan Anwar dan blok tersebut kekal mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).– Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.