nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPB hanya di Mukim Klang

8 OKT: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal dikuatkuasakan di Klang mulai jam 12.01 tengah malam ini hanya terhad di Mukim Klang.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Walau bagaimanapun, kerajaan masih berbincang dengan kerajaan negeri Selangor mengenai kawasan dan lokaliti yang terlibat dan akan mengumumkan setelah ia ditentukan,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook, hari ini.

Ismail Sabri Yaakob
ISMAIL SABRI YAAKOB

Beliau menambah, bagi memastikan kegiatan ekonomi dan bekalan barangan serta makanan tidak terjejas, mesyuarat juga bersetuju membenarkan aktiviti ekonomi beroperasi iaitu:

• Pasar Borong bermula jam 4.00 pagi sehingga 2.00 petang
• Pasar Biasa bermula jam 6.00 pagi sehingga 2.00 petang
• Pasar Tani bermula jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Namun, Ismail Sabri menegaskan, operasi pasar malam adalah tidak dibenarkan manakala kedai-kedai makan, gerai dan warung juga boleh dibuka tetapi terhad dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam dan hanya untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away sahaja.

“Pengangkutan awam seperti bas, teksi termasuk e-hailing dibenarkan beroperasi bermula jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

“Mesyuarat juga bersetuju Pelabuhan Klang beroperasi seperti biasa,” jelasnya.

Beliau memberitahu, senarai lebih terperinci kegiatan ekonomi yang dibenarkan dan tidak dibenarkan akan diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam masa terdekat.

Ismail Sabri turut mengumumkan SOP baharu berkaitan pengurusan penjara bagi mengekang penularan COVID-19 di pusat tahanan tersebut:

Penerimaan Banduan
• Saringan COVID-19 akan dilakukan kepada banduan yang dikuarantin sebaik sahaja masuk.
• Banduan yang bergejala semasa dalam tempoh kuarantin hendaklah dirujuk kepada hospital dan saringan kedua akan dilakukan pada hari ke-13.
• Setelah tamat tempoh kuarantin, banduan yang negatif akan dipindahkan ke Blok Penempatan Kekal pada hari ke-15 dan akan diasingkan selama 5 hari daripada bercampur dengan banduan lain.

Pengurusan Banduan
• Jawatankuasa urusetia pengurusan krisis COVID-19 diwujudkan dan diaktifkan.
• Pengoperasian Penjara Sementara diwujudkan bagi mengelakkan kesesakan.
• Mewujudkan base untuk anggota Kementerian Kesihatan di kawasan berhampiran untuk merawat banduan yang tidak kritikal di Blok Penempatan.
• Banduan sedia ada dalam penjara tidak dibenarkan keluar penjara kecuali bagi tujuan rawatan dan pengurangan kesesakan.
• Pergerakan dalam penjara dihadkan kecuali banduan dapur dan banduan kebersihan.
• Lawatan keluarga banduan dibatalkan serta-merta.
• Membuat sanitasi dalam dan luar penjara dua kali sehari.

Pengiringan Banduan ke Mahkamah atau Pemindahan
• Penjarakan sosial di dalam kenderaan.
• Pemeriksaan kesihatan ke atas pegawai pengiring dan banduan perlu dilakukan untuk mengesahkan fit to travelling dan bebas gejala COVID-19.
• Memastikan penjarakan sosial di dalam kenderaan.
• Memastikan alat bantuan keselamatan dan kenderaan yang akan digunakan telah dinyahkuman.
• Peralatan bantuan lain termasuk sarung tangan, pelitup muka dan hand sanitizer perlu disediakan sepanjang masa.

Maklumat lanjut boleh dirujuk dalam laman sesawang Jabatan Penjara Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.