nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lima kematian, lima kluster baru dan 60 di ICU

8 OKT: Biar pun masih tiga angka, namun jumlah penularan baru COVID-19 yang dilaporkan di seluruh negara hari ini turun sedikit berbanding semalam dengan 375 kes.

Walaubagaimanapun, terdapat lima kematian dan lima kluster baru dilaporkan hari ini manakala individu postif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini mencecah 60 kes dengan 20 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 18 kes yang dilaporkan hari ini mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah manakala empat pula kes import meliputi dua jangkitan dari Belgium dan dua dari India.

Beliau berkata, negeri tertinggi yang mencatatkan kes baru adalah Sabah dengan 271 kes melibatkan pelbagai kluster dan juga saringan aktif dalam komuniti.

“Selangor pula kedua tertinggi dengan mencatatkan 36 kes, diikuti Kedah (16), Kuala Lumpur (10), Labuan (lapan) manakala Terengganu, Johor dan Perak masing-masing lima kes.

“Putrajaya dan Negeri Sembilan pula masing-masing dua kes manakala satu kes di Pulau Pinang, Melaka dan Pahang,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Menurut Noor Hisham, dukacita dimaklumkan hari ini apabila lima kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan dan ini menjadikan jumlah kumulatif kematian menjadi 146 kes.

“Kes kematian ke-142 merupakan seorang lelaki berumur 55 tahun di Lahad Datu, kes ke-143 pula wanita berumur 75 tahun yang meninggal dunia di Semporna, kes kematian ke-144 pula dilaporkan di Hospital Sandakan.

“Kes kematian ke-145 pula merupakan lelaki berusia 82 tahun dan meninggal di Hospital Tawau manakala yang terakhir lelaki berusia 55 tahun dan meninggal dunia di Hospital Tawau.

“KKM mengucapkan takziah kepada keluarga terlibat,” katanya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, lima kluster baru dikesan hari ini melibatkan dua di Sabah da masing-masing satu di Labuan, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Katanya, kluster pertama ialah Kluster Tujuh Serangkai di Tuaran yang melibatkan 23 kes positif manakala kluster kedua ialah Kluster Tanah Merah di Tawau yang melaporkan sembila kes dikesan positif.

“Kluster ketiga pula Kluster Jalan Pantai di Kuala Lumpur. Sebanyak lapan kes positif dikesan manakala kluster keempat ialah Klsuter Bah Arnah di Kuching melibatkan empat kes positif dengan dikesan bermula daripada individu yang pulang dari Sabah.

“Kluster kelima pula Kluster Bah Bangat di Labuan yang setakat ini smbilan individu dikesan positif. Punca jangkitan bagi kelima-lima kluster ini masih dalam siasatan,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.