10 OKT: Seorang Timbalan Pendakwa Raya ditahan reman enam hari di Mahkamah Majistret, Putrajaya berkait siasatan suapan berjumlah RM345,000.
Majistret, Shah Wira Abd Halim mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini sehingga 15 Oktober selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Menurut Harian Metro yang memetik sumber, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan ketika hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pagi tadi bagi memberikan keterangan.
“Suspek disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2019. Suspek yang kini bertugas di Selangor itu menjalankan kegiatan berkenaan pada 2016 ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara,” katanya.
Difahamkan, suspek melakukan kegiatan itu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes berkaitan penipuan urusan jual beli tanah.