nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Koridor baru ekonomi bakal pacu kemajuan Melaka

10 OKT: Kerajaan negeri Melaka akan membangunkan koridor ekonomi baharu dinamakan sebagai Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) yang bakal menjadi pemacu perubahan kepada ekonomi negeri.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, koridor ekonomi baharu itu yang akan dibangunkan di kawasan tambak laut seluas 6,070 hektar sepanjang 22 kilometer, dari Umbai hingga ke Tanjung Bruas.

Sulaiman Md Ali

“Saya yakin kedudukan M-WEZ ini sangat sesuai, strategik dan menarik serta bakal menjadikan Melaka sebagai destinasi pelaburan dan perniagaan antarabangsa yang unggul.

“Manfaatnya bakal melonjakkan ekonomi, bukan sahaja faedahnya yang lumayan kepada rakyat di negeri ini, malah impaknya dirasai di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Seri Negeri di sini, hari ini.

Bagi merancakkan lagi kemajuan negeri Melaka, katanya beberapa inisiatif pembangunan negeri telah dirancang antaranya menubuhkan Daerah Penuh Masjid Tanah, Stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Melaka, Pendigitalan dan Bandar Pintar, industri berteknologi tinggi, Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi dan pembinaan Infrastruktur Sisa Buangan kepada Tenaga (WTE) di Sungai Udang.

Beliau berkata pandemik COVID-19 yang melanda global ketika ini turut memberi kesan kepada prestasi semasa ekonomi negeri Melaka yang menyusut 17.1 peratus pada suku kedua 2020 berbanding pertumbuhan marginal 0.7 peratus pada suku pertama tahun ini.

“Prestasi suku tahun ini merupakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terendah yang direkodkan sejak suku tahun keempat 1998 (-11.2 peratus).

“Namun demikian, kita bersyukur, dengan tindakan pantas, khususnya di pihak Kerajaan Persekutuan dalam menangani hal ini, antaranya melalui pengumuman pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang diperkenalkan oleh kerajaan, untuk mengurangkan impak COVID-19, dijangka mampu meredakan kelembapan ekonomi secara beransur-ansur agar dapat meningkat pada suku ketiga 2020,” katanya.

Beliau, yang mewakili kerajaan negeri Melaka turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.