nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BubbleBee tamat kerjasama rakan JV disiasat SPRM

13 OKT: Syarikat pengeluar produk minuman BubbleBee menamatkan kerjasama dengan semua rakan usaha sama yang disiasat pihak berkuasa berhubung kegiatan yang menjejaskan reputasinya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Sdn Bhd (Bubblebee), Datuk Ismail Abdul Rahman, penamatan kerjasama itu berkuat kuasa serta-merta membabitkan empat cawangan Bubblebee di Ampang, Sungai Buloh, Sentul dan Senawang.

Beliau berkata, tindakan drastik itu perlu diambil selepas tular berita mengenai rakan usaha sama Bubblebee disiasat oleh pihak berkuasa.

Jelasnya, isu berkenaan juga menyebabkan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat terbabit dipanggil bagi membantu siasatan.

“Walaupun tidak pasti kedudukan sebenar rakan usaha sama ini bersalah atau tidak kerana kes ini masih dalam siasatan, ia tetap memberi kesan kepada jenama Bubblebee.

“Yang jelas, siasatan ke atas rakan usaha sama ini mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali.

“Sehubungan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usaha sama dengan semua rakan yang menguruskan empat cawangan Bubblebee itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Bubblebee mempunyai 17 cawangan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 11 cawangan adalah milik penuh Bubblebee manakala enam lagi dibuka secara usaha sama.

Syarikat yang mengeluarkan dan memasarkan produk air boba berasaskan madu lebah yang ditubuhkan sejak tahun 2019 ini menghimpunkan beberapa usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing terutamanya dalam industri minuman, penghasilan madu lebah dan pemasaran.

Baru-baru ini, seorang rakan usaha sama Bubblebee yang juga pelawak dan juruhebah radio dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes Macau Scam.

Ismail berkata, pihaknya turut menutup empat cawangan itu untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

“Pembukaan semula empat cawangan ini akan diumumkan di platform komunikasi rasmi kami selepas proses pengambilalihan selesai.

“Kami mengucapkan terima kasih dan selamat berjaya kepada semua rakan usaha sama yang menyokong jenama minuman kami selama ini.

“Kami juga sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam semua urusan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.