nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tingkat kapasiti bendung COVID-19 di Sabah

17 OKT: Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan bagi menangani situasi peningkatan kes COVID-19 di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah-langkah yang diambil termasuk meningkatkan kapasiti dan mobilisasi aset serta sumber manusia.

“Usaha-usaha ini dilakukan bagi memastikan sistem kesihatan awam dan perubatan di Sabah terus mampan dalam membendung situasi penularan COVID-19,” katanya dalam sidang media secara langsung melalui Facebook, hari ini.

Antara usaha yang telah dan sedang dijalankan termasuk:

Meningkatkan kapasiti ujian makmal RT-PCR dan RTK Antigen

  • Kapasiti ujian makmal di negeri Sabah telah ditingkatkan dua kali ganda. Pada bulan Julai 2020, kapasiti ujian RT-PCR di negeri Sabah adalah sebanyak 1,350 ujian. Kini, ianya telah dipertingkatkan kepada 2,600 ujian RT-PCR sehari.
  • Penghantaran sampel RT-PCR setiap hari dilakukan ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dengan menggunakan perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pos Laju.
  • Perkhidmatan penyumberluaran (outsourcing) kepada makmal swasta juga telah dilakukan. Misalnya pada 16 Oktober 2020, sebanyak 4,327 ujian telah disumberluarkan kepada makmal swasta agar lebih banyak saringan dapat terus dijalankan di lapangan.
  • Penghantaran lebih banyak kit ujian RTK Antigen di mana mulai Oktober 2020, sebanyak 100,000 kit ujian RTK Antigen dihantar setiap bulan khususnya ke negeri Sabah untuk membantu saringan COVID-19 di lapangan.
COVID

Meningkatkan kapasiti katil di hospital COVID-19 serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

  • Kini Sabah mempunyai sembilan (9) Hospital COVID-19 dan 21 PKRC.
  • Bagi menampung peningkatan jumlah kes COVID-19 di negeri Sabah, jumlah katil hospital COVID-19 dan PKRC telah ditingkatkan 2.5 kali ganda, iaitu daripada 2,129 katil pada awal bulan September 2020 kepada jumlah terkini iaitu 5,414 katil. Kadar penggunaan katil (BOR) pada ketika ini adalah 35 peratus.
  • Penyediaan hospital medan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tawau yang akan menempatkan 100 katil bagi kegunaan pesakit bukan COVID-19 agar lebih banyak katil di Hospital Tawau boleh digunakan untuk pesakit COVID-19.

Meningkatkan kapasiti katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan alat mesin bantuan pernafasan (ventilator)

  • Mesin ventilator dan katil ICU telah diperolehi bukan sahaja melalui perolehan menggunakan peruntukan khas oleh Kerajaan, malah turut diperoleh melalui sumbangan daripada pelbagai pihak.
  • Khususnya untuk Sabah, terdapat sejumlah 180 ventilator yang disediakan di mana kadar penggunaan adalah sebanyak 32 peratus (ini termasuk juga penggunaan oleh kes-kes bukan COVID-19).
  • Jumlah katil ICU di negeri Sabah kini adalah 122 katil, di mana kadar penggunaan adalah 72 peratus (ini termasuk juga penggunaan oleh kes-kes bukan COVID-19).
  • Bagi meningkatkan jumlah katil ICU, KKM telah menyusun atur semula kawasan klinikal (repurposing of clinical areas) di beberapa fasiliti kesihatan di mana kawasan dalam hospital digunakan untuk diubah suai bagi tujuan rawatan pesakit kritikal COVID-19 (modular ward ICU). Ini membantu meningkatkan jumlah katil ICU yang sedia ada di negeri Sabah.
  • Inovasi bagi membolehkan satu mesin ventilator digunakan oleh dua pesakit COVID-19 juga telah diperkenalkan. Inovasi ini dipanggil “ventilator splitter” iaitu menggunakan teknologi cetakan 3D (3D printing) yang mana telah turut dilaksanakan di beberapa buah negara lain.

Meningkatkan kapasiti dan mobilisasi tenaga sumber manusia Perubatan dan Kesihatan Awam

  • Mobilisasi pasukan bantuan melibatkan 767 orang anggota Perubatan dan Kesihatan Awam KKM dari pelbagai kategori dan skim perkhidmatan yang telah digerakkan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Kota Kinabalu secara dalaman negeri di Sabah dan juga dari negeri-negeri lain telah dilaksanakan. Lebih ramai anggota akan dihantar kelak, di mana 99 petugas akan bertolak ke Sabah dalam minggu ini dan minggu hadapan (36 orang petugas Kesihatan Awam dan 63 orang petugas Perubatan).
  • KKM akan menjalankan lantikan secara kontrak (contract of service) bagi 1,899 petugas kesihatan, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu bagi lantikan. Ini akan dimobilisasikan bagi kegunaan di negeri-negeri yang memerlukan, khususnya di negeri Sabah.
  • KKM juga telah mempergiatkan penglibatan lebih banyak anggota sukarelawan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan individu dalam menangani krisis ini. Bilangan maklumbalas yang diterima daripada pihak yang berminat adalah amat memberangsangkan. Setakat ini, 4,794 pendaftaran telah diterima dan masih dalam proses saringan. Lebih ramai sukarelawan diseru untuk bersama-sama membantu KKM dalam usahasama ini. Setakat ini, dua (2) NGO telah menghantar 15 anggota mereka ke Sabah.

Penyumberluaran (outsourcing) perkhidmatan Perubatan bagi kes-kes bukan COVID-19

Bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan dan rawatan kepada kes-kes bukan COVID-19 tidak terjejas, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah berbincang dan menandatangani beberapa perjanjian dengan hospital swasta.


Senarai Hospital Swasta yang terlibat dalam outsourcing ini adalah:
Institut Jantung Negara (IJN)
Hospital Gleneagles Kota Kinabalu
Hospital Gleneagles Pulau Pinang
Hospital Pakar KPJ Sabah
Tawau Specialist Medical Centre
Jesselton Medical Centre. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.