nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

8 suspek cemar Sg Selangor direman

22 OKT: Mahkamah Majistret Selayang mengarahkan lapan suspek termasuk pengarah sebuah syarikat yang dipercayai terbabit dalam kes pencemaran air Sungai Selangor direman selama tujuh hari mulai hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, semua suspek direman bermula hari ini sehingga 28 Oktober.

Menurut beliau, permohonan reman ke atas lapan individu berkenaan dibenarkan selama tujuh hari oleh Majistret Mahkamah Selayang, manakala kesemua suspek diwakili dua peguam.

Terdahulu, Fadzil dalam satu kenyataan mengesahkan polis menahan seorang lelaki berusia 62 tahun dan anak lelakinya yang juga pengarah sebuah syarikat berusia 31 tahun bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Polis juga menahan enam pekerja, iaitu dua warga tempatan dan empat lelaki warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar.

“Semua suspek ditahan di Rawang pada jam 11.30 pagi, semalam,” katanya.

Fadzil berkata, tangkapan itu dibuat susulan insiden pencemaran sungai yang dikesan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) jam 12.38 pagi pada 19 Oktober lalu.

“Air Selangor mengesan bau abnormal pada sumber air mentah di Sungai Selangor. Susulan itu Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras tiga TON.

“Pada jam 2 pagi, beberapa LRA yang lain turut terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras tiga ton.

“Hasil siasatan awal mendapati bau yang dikesan berakhir di alur air Sungai Gong, Rawang yang disyaki bermula dari sebuah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan,” katanya.

Katanya, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.