nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Empat lagi kluster, 123 masih aktif

28 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti empat lagi kluster baharu hari ini yang melibatkan Sabah, Sarawak, Lembah Klang dan Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertama ialah Kluster Seri Gaya melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran.

Katanya, kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Setakat jam 12 tengah hari ini, 17 kes dikesan positif COVID-19 daripada kluster ini.

“Kluster kedua, ialah Kluster Greenhill di daerah Kuching dan Miri dengan kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 25 Oktober 2020.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 24 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri dan sehingga jam 12 tengah hari tadi, sejumlah 51 individu telah disaring 25 kes dikesan positif COVID-19 dan 26 individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Bagi kluster ketiga, Noor Hisham berkatam, ia dikenali sebagai Kluster Idaman melibatkan daerah Petaling dan Gombak di Selangor dan juga daerah Titiwangsa dan Cheras di Kuala Lumpur.

Katanya, kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 481 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dan 170 individu masih menunggu keputusan,” jelasnya.

Kluster keempat kata Noor Hisham, adalah Kluster Bayu melibatkan daerah Johor Bahru dan Muar di negeri Johor.

“Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 23 Oktober 2020.

“Hasil saringan kontak rapat mengesan tujuh (7) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

“Sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif COVID-19
dan 36 individu menunggu keputusan,” katanya.

Dalam pada itu, jelas Noor Hisham, sebanyak 37 kluster melaporkan kes baru hari ini dengan yang tertinggi melibatkan Kluster Tembok dan Benteng LD yang masing-masing melaporkan 26 kes.

Katanya, Kluster Utama di daerah petaling juga terus mencatakan kes baru dengan dua penularan hari ini yang menjadikan kes keseluruhan daripada kluster tersebut berjumlah 231 kes.

“Kluster Hentian di Hulu Langat pula mengesan 16 lagi kes dengan keseluruhannya 98 kes dilaporkan daripada kluster ini,” katanya.

Tambah Noor Hisham, setakat hari ini, sebanyak 123 kluster aktif dikesan di seluruh negara walaupun hanya 37 kluster yang melaporkan pertambahan kes hari ini.

“Kluster Tembok di Kedah dan Perak mencatatkan 1,705 kes manakala Benteng LD 1,122 kes,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.