nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

14 SEPT : Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu.

Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hari ini.

Beliau menyifatkan Abdul Aziz sebagai pegawai berpengalaman yang mampu menggalas tanggungjawab berkenaan.

“Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.

“Datuk Seri Abdul Aziz bukanlah nama baharu dalam PDRM. Dengan pengalaman luas sepanjang berada dalam pasukan, saya yakin beliau mampu menggalas amanah dan tanggungjawab besar ini dengan sebaiknya.

“Saya juga meletakkan harapan yang tinggi agar beliau dapat bersama-sama kepimpinan PDRM terus memperkukuh pasukan, menjaga integriti serta memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“Selamat menjalankan tugas, Datuk Seri. Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam amanah baharu ini,” katanya.

Abdul Aziz dilahirkan pada 19 Februari 1967 di Penaga, Pulau Pinang dan berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Julai 1995 dan pernah berkhidmat di beberapa jabatan utama termasuk Jabatan Pengurusan, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Sepanjang kerjayanya, beliau turut menggalas beberapa jawatan kanan termasuk Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Timbalan Pengarah Narkotik dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dengan jawatan terakhir adalah Pengarah Pengurusan Bukit Aman.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.