nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MB Perak tak percaya ada komplot

29 OKT: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, tidak percaya UMNO Perak berkomplot dengan pembangkang menumbangkan kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) Perak yang diterajuinya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak itu menegaskan bahawa beliau menaruh sepenuhnya kepercayaan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad, yang dianggap sebagai guru dalam bidang politik.

“Sebenarnya ramai orang tidak tahu hubungan saya dengan Saarani sudah lama malah sewaktu saya dalam Pemuda UMNO lagi, sebenarnya guru politik saya ialah beliau yang mana banyak mendidik saya dalam bidang politik.

“Saya menghormati beliau sebagai orang yang lebih tua daripada saya. Kami adalah satu pasukan dan saya tidak percaya beliau atau sesiapa dalam pasukan kami yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan sesama sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini.

Malah, Ahmad Faizal berkata hubungannya dengan Saarani juga dalam keadaan yang baik malah sebagai satu pasukan, beliau sentiasa menerima pandangan sebelum membuat sebarang keputusan.

Mengulas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik beliau yang dikatakan menggugat hubungan UMNO dan Bersatu, Ahmad Faizal berkata tiada sebarang masalah berhubung perkara itu dalam kerajaan PN malah ia diterima baik termasuk oleh PAS Perak.

Saarani sebelum itu menafikan dakwaan bahawa UMNO Perak berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu bagi menumbangkan kerajaan negeri.

Saarani, yang juga Pengerusi BN Perak, mengulas laporan sebuah portal tempatan yang mendakwa bahawa ADUN Kota Tampan itu mempunyai cukup sokongan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal.

Dalam laporan itu, Saarani dikatakan mendapat sokongan empat ADUN PKR, DAP dan PAS untuk dilantik sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Ahmad Faizal, yang juga Timbalan Presiden Bersatu.

Kerajaan Perak yang ditadbir PN terdiri daripada 25 ADUN BN yang kesemuanya daripada UMNO, Bersatu (5), PAS (3) sementara baki kerusi Dewan Undangan Negeri dimiliki DAP (16), Amanah (5), PKR (3) serta Gerakan dan Bebas (masing-masing satu kerusi).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.