nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kembalikan skim geran tanam semula sawit

4 NOV: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mencadangkan supaya skim Geran Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS-G) diperkenalkan semula menerusi Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan di Parlimen, Jumaat ini.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, melalui pemberian geran TSPKS-G, pendapatan pekebun kecil persendirian dijangka meningkat.

“Hasil pengeluaran juga lebih tinggi menggunakan anak benih berkualiti untuk menggantikan pokok sawit berumur melebihi 25 tahun yang tidak lagi produktif,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

khairuddin
MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Beliau menambah, bagi meneruskan kesinambungan jaminan bekalan bahan mentah kepada sektor perkayuan, KPPK turut mencadangkan agar dana pusingan bagi Program Pinjaman Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) diperkenalkan.

Mohd Khairuddin memberitahu, pendekatan baharu itu merupakan penambahbaikan kepada PPLH yang telah dilaksanakan di negara ini sejak 2007.

“Melalui pemberian dana pusingan, bekalan bahan mentah untuk masa hadapan sektor perkayuan adalah terjamin.

“Ia penting agar sumbangan kepada pendapatan ekport negara daripada sektor ini iaitu antara RM22 bilion hingga RM23 bilion setiap tahun dapat dikekalkan atau ditingkatkan,” jelasnya.

Selain itu, menurut beliau, kementerian telah mengemukakan cadangan Inisiatif Pembangunan Koridor Lateks Wilayah Timur di Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi meningkatkan pengeluaran lateks negara.

“Inisiatif ini akan dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah melalui harga premium yang bakal dinikmati berbanding harga getah buku,” katanya.

Mohd Khairuddin berkata, KPPK turut berharap agar skim penstabilan pendapatan pekebun kecil menerusi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dapat diteruskan.

“KPPK turut mengesyorkan pembangunan secara agresif bagi industri coklat negara melalui penubuhan Hab Coklat di Langkawi dan Pusat Perdagangan Koko di tiga pelabuhan utama di Malaysia,” ujarnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.