nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kita nak elak sidang Parlimen tergendala

5 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah mempertingkatkan prosedur operasi standard (SOP) di bangunan Parlimen bagi meningkatkan kawalan pencegahan penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, apa yang dilakukan ketika ini ialah satu bentuk tindakan bagi mengelakkan urusan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada tergendala.

“Kita ada 221 Ahli Parlimen ketika ini, ditambah pegawai-pegawai Yang Berhormat dan juga pegawai awam lain, maka jumlahnya jika tidak dikawal adalah besar pada satu-satu masa.

“Kebimbangan kita mereka ini pula datang dari seluruh negara. Memang SOP telah ada tetapi kita perlu tingkatkan lagi. Walaupun telah dijalankan ujian swab tiga hari sebelum sidang Parlimen tetapi mereka boleh terdedah kes positif di luar.

“Apatah lagi Lembah Klang pun di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jadi, kita ambil tindakan supaya kita boleh elakkan COVID-19 di bangunan Parlimen, insya-Allah,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Noor Hisham diminta mengulas mengenai beberapa tindakan yang diambil pihak Parlimen termasuk mengehadkan jumlah Ahli Parlimen yang dibenarkan berada dalam dewan pada satu-satu masa kepada 80 orang sahaja.

Selain itu, masa prosding Dewan Rakyat juga disingkatkan setiap hari selain ujian swab perlu dilakukan ke atas Ahli Parlimen setiap dua minggu.

Dalam perkembangan berasingan, Noor Hisham mengingatkan penting untuk mengelakkan pergerakan mereka yang berada di zon merah ke zon hijau.

“Nasihat KKM, elakkan rentas sempadan daerah mahu pun negeri. Jangan balik kampung di zon hijau bagi mereka yang di kawasan PKPB. Ini kebimbangan bila ada aktiviti rentas negeri atau daerah,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.