nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1,755 kes baru COVID-19, tertinggi pernah direkodkan

6 NOV: Kes harian baru COVID-19 hari ini mencecah sebanyak 1,755 kes yang merupakan penularan tertinggi pernah direkodkan sejak COVID-19 mula dikesan di negara ini.

Lonjakan kes yang menghampiri 2,000 penularan itu sangat mengejutkan di saat ramai tertumpu pembentangan Belanjawan 2021 petang ini.

Pertambahan ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini mencecah sebanyak 38,189 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,530 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 1,199 kes (68.3 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

Katanya, secara keseluruhan terdapat 741 kes (42.2 peratus) yang dilaporkan hari ini adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS).

“Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (372 kes), Kluster Penjara Sandakan (184 kes), Kluster Seberang Perai (162 kes), Kluster Tembok (10 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Penjara Reman (3 kes), dan Kluster Benteng LD (2 kes).

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 191 kes (10.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan mencatatkan sebanyak 59 kes positif (3.4 peratus) pada hari ini.

“Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyumbang sebanyak 1,449 kes (82.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, daripada 1,755 kes baharu pada hari ini, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua warganegara dan satu bukan warganegara.

Katanya, ia melibatkan ketibaan dari Arab Saudi, Afrika Selatan, dan Myanmar.

“Sehingga kini, terdapat 78 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan COVID-19 iaitu di Hospital Alor Setar dan Sandakan. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 279 kes,” jelasnya.

Sementara itu, selain Sabah yang melaporkan kes baru empat angka buat kali pertama, Selangor pula kekal tiga angka dengan 164 kes baru diikuti Labuan, 59 kes manakala Negeri Sembilan, 45 kes.

“Turut dilaporkan Kedah, 19 kes manakala Perak (18), Kuala Lumpur (17), Sarawak (17), Putrajaya (9), Terengganu (8), Johor (3) dan Melaka (2).

“Pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 726 kes.

“Mengenai kluster pula terdapat tiga kluster baru dikenal pasti iaitu di Perak, Sabah dan Terengganu,” ujarnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.